Thursday, 28 November 2013

Peluang orang KL bantah kenaikan cukai taksiran..baca ni!

Sapa sapa yang dok KL tu yang rasa tak puas hati dengan kenaikan cukai taksiran..ni peluang hangpa..

Anggota Parlimen pembangkang Kuala Lumpur hari ini menggesa orang ramai agar menghantar bantahan kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara beramai-ramai pada 16 Disember ini, sehari sebelum tarikh tutup penyerahan bantahan.

Anggota Parlimen Batu, Tian Chua (kanan) menggesa penduduk KL yang mahu menyerahkan bantahan mereka agar berkumpul di dataran DBKL pada jam 11 pagi pada hari itu.

"Kita boleh menghantarnya secara beramai-ramai daripada menghantarnya secara bersendirian.

"Kita berkumpul di DBKL pada jam 11 pagi," kata Tian Chua pada sidang media bersama anggota Parlimen Kuala Lumpur di lobi Parlimen pagi tadi.
Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang turut hadir dalam sidang media sama menggesa agar semua pembayar cukai taksiran memfailkan bantahan mereka kepada DBKL.

Menurutnya, ia akan memudahkan proses rayuan di Mahkamah Tinggi kelak sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan kadar kenaikan cukai selepas bantahan mereka didengar.

Menurutnya, Seksyen 145 Akta Kerajaan Tempatan 1976 mewajibkan pembayar cukai taksiran untuk membuat bantahan secara bertulis sementara Seksyen 142 (2) pula mewajibkan pihak DBKL mendengar semua bantahan yang dilakukan secara bertulis kepada mereka.

Sebelum tu siang tadi dah jadi kes tarik tali.
Hat kawan ni kata lain..kawan tu kata lain

Sah cukai pintu naik 1 Jan 2014 Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Sebelum itu 27 November 2013 Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J.Loga Bala Mohan memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bahawa kenaikan kadar baharu cukai pintu DBKL akan ditangguh sehingga Mac tahun depan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dilaksana mulai Januari depan, yang dianggar mengambil masa tiga bulan.

Apalagi..kalau nak bantah..jom pakat sebaq kat kawan kawan info ni

No comments:

Post a Comment