Thursday, 5 December 2013

Penduduk KUPANG dilarang Kahwin?apa ni??

Sepanjang empat bulan, mulai November lepas sehingga Februari tahun depan yang merupakan musim hujan, sebilangan penduduk di sebuah daerah kecil di Nusa Tenggara Barat terpaksa menunda hasrat mereka untuk berkahwin.
    
Ini berikutan keputusan kepimpinan masyarakat tempatan mengenakan peraturan melarang penduduknya berkahwin di sepanjang musim hujan sekarang, dengan alasan musim hujan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan kegiatan pertanian. Mereka yang didapati melanggar peraturan itu akan dikenakan denda.
    
Peraturan yang dibuat melalui kesepakatan kepimpinan masyarakat tempatan di daerah kecil Amarasi Selatan, dalam daerah Kupang itu, memutuskan bahawa musim hujan adalah masa terbaik untuk berbudi kepada tanah dan bukannya untuk menganjurkan kenduri perkahwinan secara berlebihan, sebagaimana kelaziman penduduk di situ bila ada majlis perkahwinan.
    
"Kami tidak akan melayan urusan pendaftaran pasangan yang ingin bernikah di bulan-bulan ini. Masyarakat harus memberi fokus untuk menguruskan tanah pertanian mereka, bukannya menguruskan pesta perkahwinan,” kata Ketua Daerah Kecil Amarasi Selatan, Murlin Buraen.
    
Murlin berkata denda akan dikenakan kepada pasangan melanggar peraturan itu namun bentuk denda akan ditetapkan berdasarkan kesepakatan masyarakat setempat.
    
Beliau berkata larangan itu akan dihebahkan kepada seluruh masyarakat dan melalui kerjasama dengan pengurusan gereja, semua pasangan yang memohon untuk berkahwin akan diumumkan kepada orang ramai bagi memastikan permohonan mereka dibatalkan.
    
Penduduk hanya akan dibenarkan berkahwin mulai bulan Mac tahun depan.

HP : owh..bukan Kupang Baling la..rupenye Kupang kat negara lain..
Hahaha

No comments:

Post a Comment