Wednesday, 4 June 2014

Dyana Kalah takda kena ngena pun dengan Hudud . Baca ni @nikabdulaziz @GobindSinghDeo

Kecoh sehari ni bila ada isu yang kaitkan Dyana kalah dengan isu Hudud yang dibawa oleh kerajaan
PAS Kelantan...
entah apa kene ngene pun tak tau la..
kalau betul isu hudud boleh buat Dyana kalah....kenapa kat PRK Bukit Gelugor PR boleh menang..?
kalau ye pun tak suke kat calon melayu yang jadi calon DAP pun...takyah la dok hentam bukan bukan sangat...
Dyana dah buat sehabis baik....dia kena hentam jauh lebih teruk dari calon Bukit Gelugor....even Teluk Intan memang fight habis....setakat pukul 7 pm...Dyana masih mendahului...cuma peti undi last last tu yang menang kan BN..

berkaitan isu ni..ni respon dari PAS...
baca ni..korang nilaikan lah sendiri....

KOTA BHARU - Pas Kelantan berkata kekalahan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu tiada kaitan dengan isu pelaksanaan undang-undang hudud yang diperjuangkan parti itu.
  
Menurut Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekiranya isu pelaksanaan hukum hudud menjadi faktor utama kekalahan pada PRK Teluk Intan, sudah tentu ia turut menjejaskan PRK Bukit Gelugor.
  
"Tetapi PRK Bukit Gelugor DAP menang dan tidak terjejas. Jadi ini tidak bersangkut paut dengan hukum hudud yang kita nak laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan, di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, hari ini.
  
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata bantahan pengundi Cina terhadap tindakan DAP meletakkan calon Melayu menjadi antara punca kekalahan DAP di Teluk Intan.
  
"Pengundi Cina tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan DAP. Masyarakat Cina nak calon Cina jugak. Mereka letak calon Melayu yang bukan tempat asal dia. Saya melihat dari sudut itulah dan saya ingin menasihatkan DAP supaya jangan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain," katanya.
  
Mohd Amar mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong daripada DAP, Gobind Singh Deo yang menyifatkan isu pelaksanaan undang-undang hudud oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat, Pas, sebagai faktor Dyana Sofya tewas dalam PRK itu baru-baru ini.
  
Dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong mengalahkan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi. Mah memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya 19,919 undi. - Bernama

No comments:

Post a Comment