Seluruh warga PAS perlu bangkit dan bersatu supaya misi menawan Putrajaya tercapai..
Monday, 2 June 2014
Tu dia...tak rugi makan ikan keli...boleh dapat emassss
Hari ni ada satu berita gembira buat peminat ikan keli...kalau ada isteri atau ibu yang geli waktu nak siang ikan keli...sila baca ni...jangan marah pada anak anak atau suami yang gemar makan ikan keli sebab makan ikan keli ni banyak kebaikannya..
hehehehe...
cuba baca ni..
KANGAR - Makan ikan keli dan kurangkan makanan berminyak menjadi salah satu tips kekal laju buat 'Raja Pecut' Sukma XVII Perlis 2014 Harith Ammar Mohd. Sobri.
Harith yang memenangi pingat emas dalam sukan olahraga acara 100 meter lelaki pada Jumaat lalu memberitahu ikan keli mempunyai banyak khasiat dan bagus untuknya seorang atlet sepertinya untuk kekal cergas.
Tambah Harith, 20 tahun dari Terengganu, faktor pemakanan adalah antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian serius kerana jika tersilap langkah akan menyebabkan seseorang atlet sukar mendapatkan berat badan ideal.
"Ikan keli adalah antara makanan kegemaran saya dan dalam masa sama saya juga perlu kawal pemakanan dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak menjejaskan prestasi semasa saya.
"Selain menjaga makan saya juga sentiasa mengharapkan doa kedua ibu bapa saya untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan olahraga," kata Harith Ammar.
Pada Sukma kali ini Harith berjaya menyumbang dua pingat emas yang satunya hadir dalam acara 4x100m lelaki.
Sementara itu, Harith turut meletakkan sasaran peribadi untuk bergelar Raja Pecut Sukan SEA dalam masa dua tahun lagi.
"Bagi mencapai sasaran tersebut saya akan bekerja lebih keras semasa latihan selain perlu selalu berdoa.
"Malah dalam masa sama juga saya ada menanam impian untuk memperbaharui rekod kebangsaan yang ketika ini menjadi milik bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek," kata Harith.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140603/su_11/Ikan-keli-rahsia-kejayaan-Raja-Pecut#ixzz33Y4sZHTV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment