Berita panas ni dipetik dari Bernama . HP menyokong pendakwaan ni sebab YdPA tak patut dihina...kalau ada yang tak puas hati pun..kita sebagai rakyat jelata tak patut merendah rendah kan martabat YdPA kita sendiri...kalau kita sebagai rakyat tak hormat Raja dan Sultan Melayu....takkan lah kita nak harapkan rakyat negara lain yang nak hormat pada Raja dan Sultan kita...
jom baca berita kat bawah ni.
Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin,
telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua
tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Pendakwaan tersebut
dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara
sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif
orang awam.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan
meminta kes tersebut dibicarakan. Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin
sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan
semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun
Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.
Tertuduh didakwa menghantar
komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point. Agong is
just a puppet. Down with monarchy. A waste of rakyats money” dan “Soalan
serius. Rakyat bayar elaun dan istana agong. Technically speaking he
works for us. So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.
Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau
hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hashimah bte Hashim
dan Noor Zalizan bte Lazarous di hadapan Tuan Hakim Zulqarnain bin Hj
Hassan. Tertuduh yang hadir pada prosiding tersebut diwakili oleh peguam
bela, Syahredza Johan.
No comments:
Post a Comment