Wednesday 28 May 2014

Sultan Azlan Shah mangkat.. Al Fatihah

Takziah HP ucapkan kepada keluarga dan ahli kerabat kesultanan Perak di atas kemangkatan Almarhum Duli yang maha mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah..

Takziah juga diucapkan kepada rakyat Perak.

Al fatihah.

Skandal RM32 Juta Hasan Malek dan Bank Rakyat terbongkar !!

Hahh..terkejut HP bila baca laporan dari Malaysian insider ni..
Rupa rupanya Hasan Malek aka menteri cap ayam ni telah mengarahkan jemaah lembaga pengarah bank rakyat untuk approve loan berpuluh juta ringgit..yang peliknya..loan tu tanpa faedah !!!
Gila sungguh..korang kalau pernah buat loan mesti tahu ,korang akan kena faedah 3% ke 5%..
Haih..korang bace je la berita bawah ni..

Sumber : TMI

Bank Negara sewajarnya melancarkan siasatan penuh terhadap dakwaan bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik berkenaan campur tangan menteri meluluskan pinjaman tanpa faedah kepada Deepak Jaikishan, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, tindakan itu adalah bagi mempertahankan kredibiliti dan integritinya sebagai pengawal selia profesional kepentingan awam dan bukannya kepentingan peribadi dan politik kroni dan pemimpin BN.

Lim berkata, Bank Negara juga harus jujur dan menghitung semua perjanjian mudah dan pemberian pinjaman mega kepada VIP yang mempunyai kedudukan kewangan yang meragukan.

"Kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) menguruskan negara bukan untuk kebaikan orang ramai, tetapi demi faedah kroni.

"Selanjutnya, ia turut mempersoalkan kredibiliti dan integriti Bank Negara dalam memastikan sistem kewangan yang baik dan boleh dipercayai apabila pinjaman diberikan semata-mata atas dasar naungan politik dan pemberian wang," kata Setiausaha Agung DAP itu lagi.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Sabbaruddin mendakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek campur tangan dalam pemberian pinjaman RM32 juta kepada usahawan karpet dengan tempoh bayaran 10 tahun tanpa sebarang faedah.

Beliau berkata, lembaga pengarah Bank Rakyat pada awalnya menolak tawaran tersebut, namun terpaksa bersetuju akibat campur tangan politik.

Kontrak Sabbaruddin kemudiannya tidak disambung selepas April tahun ini apabila beliau membantah perkara itu.

"Keengganan seorang menteri untuk menandatangani surat bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat selepas 8 April tahun ini kerana beliau tidak setuju dengan skim pembayaran semula pinjaman RM32 juta tanpa faedah, adalah jelas satu penyalahgunaan kuasa dan mempunyai kemungkinan berlakunya korupsi," kata Lim.

"Adakah puluhan pembayaran semula tanpa faedah ini turut tersedia untuk rakyat biasa yang meminjam dari bank? Adakah Hasan Malek akan melakukan campur tangan politik bagi pihak peminjam biasa untuk membenarkan pembayaran semula tanpa faedah dalam tempoh sepuluh tahun?" soal ahli Parlimen DAP itu lagi.

Tambahnya, sikap Bank Negara yang membisu terhadap skandal pinjaman RM32 juta Bank Rakyat memperlihatkan kurangnya komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap prinsip-prinsip akauntabiliti dan integriti yang amat diperlukan demi membentuk sistem kewangan yang baik.

Institut Latihan dan Kajian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu katanya menyifatkan pengurusan kewangan yang baik sebagai satu set amalan dan prosedur agregat yang membolehkan pengurusan kewangan dan kontrak kerajaan secara tepat, telus dan berkesan.

"Jelas sekali kedua-dua pihak Najib dan juga Bank Negara gagal sama sekali sekiranya ujian sistem kewangan yang baik ini diaplikasikan, disebabkan keengganan mereka untuk jujur tentang skandal pinjaman RM32 juta Bank Rakyat yang didedahkan oleh bekas menteri Umno yang juga bekas pengerusi Bank Rakyat itu." – 28 Mei, 2014.