Friday 29 November 2013

Taktik baru ! Sindiket penipuan budak sekolah!

Sharing from a friend: AWAS.!! Sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.., tiba2 datang seorg kanak2 lelaki Melayu dlm lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja saya & berkata: Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2 tak? Saya jawab: Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebih. Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: Ala Max ice-cream mcm tu pun nak berkira., belikan la aje kat budak tu." Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia approach dia dan berkata "Awak culik anak saya ye"...budak tu pun berkata: Ayah ni la pakcik yg suruh saya naik kereta dia. Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalu tak hendak perkara itu dilaporkan pd polis. "Ayah" budak tu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yg mengatakan anak dia hilang & diculik. Utk tidak kecoh rakan saya ke ATM machine & bayar Ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat RM1k. Cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu., saya berhati2 & tidak layan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun jalan seorg diri & datang tanya kat saya pasal ice-cream. .?

HP : perghh..macam macam taktik menipu dah ada kat malaysia ni..depa belajaq kat mana tipu tipu ni..tengok internet kot.
Bahaya betoi..beringat je la

Betoila..UMNO parti SARKAS !

Kalau tengok pada senarai Ahli MT UMNO yang dikeluarkan tadi..mesti ramai yang gelak terguling guling..

Cuba tengok kat list tu..perasan tak nama ust Kazim ? Kah kah.. tu diaa..terbukti la memang ust kazim ni ejen umno..patutla event umno je mesti ada muka dia..
Elleh ustaz..lain kali ngaku jela ust kerja dengan umno..kan senang..
Ini tidak..asal ceramah je kutuk PAS..pastu bagi alasan untuk tolak hudud..bagi contoh utk tolak hudud mcm org nak pi haji..wahai ustaz..orang nak pi haji,depa simpan duit..pasang niat..masalahnya..kerajaan umno majikan ust ni takde pasang niat pun nak buat hudud..
Haih..ustaz..banyakla projek pasni..mahsyukkkkk..

Turut berada dalam list ialah Raja Nong Chik..alaaa..yang kalah lawan Nurul izzah tu..apa laa..takde standard langsung..

Antara yang lawak ialah pelakon sinetron dari johor..nazri aziz..ni dah penggal ke berapa entah asyik dok kene lantik je..yerla..kalau masuk bertanding MT hari tu,confirm kalah..tu yang harapkan lantikan tu..
Mungkin ramai yang masih ingat,sebelum pemilihan..nazri aziz antara yang paling teruk kena hentam oleh blogger dan fbooker umno..sebab nazri ni kan asyik back up namewee..satu malaysia mengaku namewee kurang ajar,takda adab..kalau kena buang negara pun bagus..tapi mamat nazri ni boleh julang namewee ni macam wira..tak ke gila tu..
Dan tradisi gila nazri berjaya ditransferkan pada najib utk lantik dia jadi MT kali ni..

Harian Pendang teringat dialog filem Pendekar Bujang Lapok.. Alif Mim Nun tendang Wau..SARKASSS !

HAHA..

Thursday 28 November 2013

Peluang orang KL bantah kenaikan cukai taksiran..baca ni!

Sapa sapa yang dok KL tu yang rasa tak puas hati dengan kenaikan cukai taksiran..ni peluang hangpa..

Anggota Parlimen pembangkang Kuala Lumpur hari ini menggesa orang ramai agar menghantar bantahan kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara beramai-ramai pada 16 Disember ini, sehari sebelum tarikh tutup penyerahan bantahan.

Anggota Parlimen Batu, Tian Chua (kanan) menggesa penduduk KL yang mahu menyerahkan bantahan mereka agar berkumpul di dataran DBKL pada jam 11 pagi pada hari itu.

"Kita boleh menghantarnya secara beramai-ramai daripada menghantarnya secara bersendirian.

"Kita berkumpul di DBKL pada jam 11 pagi," kata Tian Chua pada sidang media bersama anggota Parlimen Kuala Lumpur di lobi Parlimen pagi tadi.
Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang turut hadir dalam sidang media sama menggesa agar semua pembayar cukai taksiran memfailkan bantahan mereka kepada DBKL.

Menurutnya, ia akan memudahkan proses rayuan di Mahkamah Tinggi kelak sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan kadar kenaikan cukai selepas bantahan mereka didengar.

Menurutnya, Seksyen 145 Akta Kerajaan Tempatan 1976 mewajibkan pembayar cukai taksiran untuk membuat bantahan secara bertulis sementara Seksyen 142 (2) pula mewajibkan pihak DBKL mendengar semua bantahan yang dilakukan secara bertulis kepada mereka.

Sebelum tu siang tadi dah jadi kes tarik tali.
Hat kawan ni kata lain..kawan tu kata lain

Sah cukai pintu naik 1 Jan 2014 Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Sebelum itu 27 November 2013 Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J.Loga Bala Mohan memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bahawa kenaikan kadar baharu cukai pintu DBKL akan ditangguh sehingga Mac tahun depan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dilaksana mulai Januari depan, yang dianggar mengambil masa tiga bulan.

Apalagi..kalau nak bantah..jom pakat sebaq kat kawan kawan info ni

Wednesday 27 November 2013

Perjumpaan bersejarah PAS dan UMNO !

Kejap tadi MB kelantan buat perjumpaan selama 45 minit dengan PM. Harian Pendang berpendapat ni adalah satu permulaan yang bagus..
Baru baru ni Tuan Guru Presiden dah hulurkan tangan dan kesediaan kita untuk muzakarah bersama UMNO..

Walaupun perjumpaan tadi takde bincang hal politik..tapi kita bolehla anggap perjumpaan ni sebagai pembuka jalan..sekaligus menutup terus spekulasi yang cakap PAS cuma main main..
Cube korang baca laporan Bernama ni..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata, ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku menteri besar Kelantan yang baru dilantik.

Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

"...contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.  

Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira pukul 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lepas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun. - Bernama

Amacam?

Giliran Anwar ulas isu Kenaikan gaji MB selangor


Lepas je MB Selangor umum kenaikan pendapatan wakil rakyat kat selangor..ramai yang tak puas hati..korang sendiri boleh baca kat fb..
Ada yang berpendapat,kalau selangor kaya sangat,patut duit tu digunakan untuk bantu rakyat miskin..wakil rakyat semestinya dah duit banyak..
Dan tadi giliran Anwar Ibrahim pulak bagi pandangan..

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor agak tinggi dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mencari jalan jika ia boleh dikaji semula.

Menurutnya, Khalid sudah menjelaskan perkara itu kepada beliau dan sekarang Khalid wajar menjelaskan perkara itu kepada orang ramai menerusi media.

"Saya beritahu MB kenaikan itu agak tinggi dan beliau perlu jelaskan kepada Pakatan Rakyat alasan ia dilakukan.

"Khalid telah berikan penjelasan dan sekarang dia perlu beri penjelasan kepada media juga akan alasannya berbuat demikian serta apa tindakan untuk mempertimbangkannya semula," kata Anwar sewaktu ditemui wartawan di Parlimen tengah hari tadi.- MK

Harian Pendang berpendapat,seeloknya duit tu disalurkan ke tempat yang sepatutnya..kita galak suruh BN potong elaun Menteri la..tapi dalam masa sama kita buat benda yang bercanggah..
Kita nak dirikan kerajaan masa PRU 14,tapi prinsip pun boleh berubah..
Cemane tu..

Tuesday 26 November 2013

Rupanya berfahaman komunis! dikehendaki Polis! baca ni


Panas panas..

Kecoh hal rakyat malaysia yang jadi hamba kat London selama 30 tahun tu..
Tatkala ada dari kita yang rasa sedih sebab nasib malang dia..tetiba hari ni kita dikejutkan dengan pendedahan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang sahkan wanita yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London adalah Siti Aishah Abdul Wahab tu rupanya individu dikehendaki polis pada tahun 1970-an.

Beliau berkata, polis pernah memburu dan memantau segala pergerakan mangsa ketika di London selepas dia dikesan menyertai kumpulan pelampau berfahaman komunis di negara ini.

"Bagaimanapun saya tidak lagi melihat sebagai satu keperluan untuk dia ditangkap pihak polis apabila dia dibawa balik ke sini nanti," - KPN

Ni ada lebih info asal usul kejadian ni..

Seorang wanita mengesahkan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.

Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru bersara, ketika diwawancara akhbar Britain, The Daily Telegraph hari ini berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, 69, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.

Kamar Mahtum berkata, Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.

Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.

Pasangan itu kemudiannya terlibat dalam Forum Pelajar Malaysia dan Singapura (Mass) yang mempunyai reputasi sebagai sebuah kumpulan ekstremis Maoist yang beroperasi di London.

"Namun, adik saya terlibat dalam politik pelampau dan meninggalkan segalanya termasuk tunangnya, Omar untuk mengikuti fahaman Maoist yang diketuai Balakrishnan.

"Dia begitu mengagumi Balakrishnan yang dikenali sebagai Komrad Bala dan Chanda atau Komrad Chanda sehingga sanggup membuang cincin pertunangannya ke Sungai Thames sebagai membuktikan kesetiaan terhadap fahaman komunis itu," katanya.

Menurut keluarga Siti Aishah, kerajaan Malaysia mengikuti perkembangan politik wanita itu di London dan pernah memberi amaran pada 1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke tanah air.

Siti Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dipercayai pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan.

Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran pemimpin China, mendiang Mao Zedong.

Pada 1991, abang Siti Aishah pernah meminta bantuan Hishamuddin yang ketika itu hidup dalam buangan untuk mencari adiknya yang hilang sejak berpindah ke Britain.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, Kamar Mahtum, 73, berlepas ke London malam ini bagi tujuan pengecaman adiknya.

Menurut abang ipar mangsa, Md. Noh Md Dom, 67, isterinya itu diiringi oleh penulis blog, Hishamuddin bersama seorang wartawan The Telegraph yang beribu pejabat di London.

"Isteri saya diminta melakukan pengecaman dan dia juga membawa barangan milik Siti Aishah seperti gambar serta pakaian yang masih tersimpan," katanya.

Md. Noh berkata, dia tidak pernah bertemu dengan Siti Aishah sejak berkahwin dengan Kamar Mahtum pada 1970.

''Saya hanya pernah dimaklumkan oleh isteri saya tentangnya dan sebelum ini diberitahu bahawa Siti Aishah melanjutkan pelajarandi London.

''Malah, sebelum ini adik-beradik Siti Aishah juga pernah cuba mencarinya tetapi gagal. Dua abangnya juga pernah ke London untuk mencarinya," ujar beliau.

Jelasnya, Siti Aishah yang merupakan anak ke-11 daripada 12 adik-beradik dikatakan tidak mahu pulang kerana kecewa selepas ikatan pertunangannya putus.

Pada 22 November lalu, polis Britain melaporkan tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia diselamatkan selepas mereka didakwa menjadi hamba domestik selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan ibu negara itu. -TDT

Baguih la..benda dah lama..dia pun mungkin dah tobat..
HP puji PDRM yang matang dan tak berdendam..
Kalau wanita ni pernah aniaya orang,bila sampai Malaysia nanti,harap harap dia buat pengakuan minta maaf la..

Kita ada HAK MAKI Jeff oi !

Minggu ni kecoh dengan insiden mulut biadap dan kurang ajar jeff oii pada penjawat awam melayu..atau lebih tepat lagi,pada orang Melayu.

Mangkuk Jeff ni dalam laporan akhbar mendesak Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail letak jawatan.dia tuduh ydp ni keje main main.

Jeff suruh sebab kegagalan pegawai MPPP membuktikan kepadanya terdapat peniaga haram di Pasar Awam Jelutong.
Mangkuk ayun jeff ni pun dengan slumber panggil staf tu 'kucing kurap'
Hangpa jangan lupa,dulu Ahli Parlimen Jelutong ni pernah tuduh NGO Islam sebagai 'pelampau'.
Kurang ajar kan?

hari tu Karpal Singh mintak PAS dibatalkan.kes karpal singh ni dah senyap dah..dr raja ahmad ex naib ketua pemuda pas memang poyo la..ingatkan ikhlas sangat berjuang dalam parti.bila kalah je senyap.yang tragik tu,saf kepimpinan baru pun belum nak cuit apa apa lagi.ntahla..mungkin masih awai..

Ok..balik pada jes jeff oii ni..kalau die boleh panggil melayu anjing kurap..agaknye kite boleh panggil die pun anjing kurap la..
Ehh..hang panggil bangsa aku anjing..awat aku takleh panggil hang anjing?
Oii apek..lu jangan kurang ajarla..

HP nak bagi cadangan pada kepimpinan baru PAS buktikan pada perwakilan dan akar umbi bahawa kami mempunyai pemimpin yang berani mempertahankan maruah bangsa melayu..
Buktikan..ni peluang anda boss boss sekalian..

Desak Jeff oii , Karpal Singh mintak maaf..ingat..matlamat PAS adalah untuk jadi parti pemerintah..bila dah jadi parti pemerintah..maruah bangsa melayu adalah perkara penting yang kene jaga..mulakan dari sekarang..buktikan pada melayu yang PAS adalah pilihan tepat orang Melayu..

Buktikan.buktikan..buktikan..

Monday 25 November 2013

Singapura memang pura pura !

Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media berhubung dakwaan pembabitan negara lain, terutama Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (kiri) berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negara terhadap Malaysia.

Katanya jika dakwaan terbabit dapat dibuktikan, Malaysia sudah pasti menganggap perkara itu sebagai suatu yang sangat serius yang ditolak dan dikecam keras oleh kerajaan.

Kementerian akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura esok untuk mendapat penjelasan berhubung dakwaan itu, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

"Keselamatan dan kedaulatan Malaysia menjadi perkara paling utama kepada kerajaan. Apatah lagi kegiatan mengintip terhadap kawan baik dan jiran yang sudah pasti tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat dan komitmen dalam hubungan berjiran," kata Anifah.

Anifah menegaskan hubungan Malaysia dan Singapura pada masa ini adalah teguh dan saling memberi manfaat, seperti yang dicerminkan menerusi hubungan baik antara kedua-dua perdana menteri dan perluasan bidang kerjasama.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

- Bernama

PM buat ramai rakyat mencarut!

Semalam perdana menteri buat statement mengarut yang buatkan rakyat mencarut,dia cakap rakyat yang tidak membayar cukai adalah pengkhianat negara.

Harian Pendang nampak ni isu untuk heret rakyat terima tanpa rela GST.tidak cukup lagi ke kerajaan minoriti ni himpit rakyat?awat mesti cekik leher rakyat?
Ok..rakyat bayar cukai pun untuk pembangunan negara..tapi muktahir ni nampak gaya cukai tu untuk bagi duit belanja kat rosmah..ini tak patut..tu tak masuk isu bil kediaman PM lagi..

Banyak pihak yang komplen,antaranya ISMA.
Bagi NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), boros harta awam juga satu pengkhianatan.
Presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman ingatkan Datuk Seri Najib Razak yang pemerintah diamanahkan untuk menguruskan hal ehwal umum berdasarkan syariat.

Malah, hujahnya, hasil cukai serta pendapatan negara adalah harta awam yang harus diuruskan secara berhemah.

"Jangan mengkhianati kepercayaan rakyat yang telah mengundi BN atau Umno sebelum ini.
"Gunalah kebijaksanaan supaya dapat menguruskan harta negara dengan baik.
"Ingatlah bahawa kebijaksanaan bukan semata mata soal teknikal pengurusan tetapi juga melibatkan budi pekerti dan hati perut," katanya.

Adakah PM kita memang takda hati perut?Awat suka desak rakyat ke jalan buntu?awat?why?why?tell me why?
eh jap..PM kita najib ke Rosmah?
Keh keh keh

Sunday 24 November 2013

Hutang Naik Lagi .. Parah wey

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengumumkan kadar hutang negara meningkat kepada 53.6 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir Oktober tahun ini.

Menurutnya, hutang negara kini berjumlah RM529.6 bilion, satu angka yang disifatkannya sebagai masih lagi dalam keadaan terkawal.

Jun lalu, hutang negara adalah sebanyak RM519 bilion, satu jumlah yang mewakili nisbah sebanyak 53 peratus daripada KDNK, umum kerajaan di Parlimen pada masa itu.

-Malaysiakini

HP : terkawal mende..patutla harge barang depa bagi naik..buat cukai itu ini..rupenye nak cover hutang..
Ini sudah lemak..
Dalam beratus bilion tu dah brape bilion pulak perabeh untuk elaun suka hati ahli kabinet,keluarga dan kroni?
Memang dasar kerajaan minoriti..kumpul hutang banyak banyak pasai tau nak kalah PRU 14

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Mukhriz

Walaupun berlainan politik..tapi HP akui sbg MB,beliau sangat berdedikasi..
Beliau baik,rakyat boleh jumpa dia tanpa protokol..
HP tak berapa suka nak story atau cari salah dia..biaqla orang lain yang crita..tapi bukan HP..
Walaubagaimanapun,jika DPMM buat salah,HP tetap akan tegur..
Sempena hari kelahiran beliau ni,HP harap beliau akan jadi pemimpin yang amanah.yang tunaikan tggjwb beliau utk menegakkan syariat islam di kedah.semoga terus jaga kebajikan rakyat kedah.
Terima kasih sebab cepatkan dana utk KUIN..sememangnya KUIN adalah legasi arwah Ust Azizan..trima kasih sebab sempurnakan keinginan Allahyarham Ust..
Trima kasih jugak sebab luluskan dana KFA RM10 juta..dengaq cita Datuk tengah usahakan tiap game home kedah akan ada live streaming..
Buat DPMM, selamat hari lahir ..

Selamat tinggal King Raja

PETALING JAYA 24 Nov. - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak menyambung kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan, Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang tamat 31 Dis ini.

Keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM di Kelana Jaya, dekat sini, hari ini.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, jurulatih skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) Datuk Ong Kim Swee akan menggantikan Rajagobal sebagai pengendali sementara selepas Sukan SEA Myanmar, bulan depan.

Rajagobal dilantik sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya pada 2009.

"Untuk menaikkan lagi tahap sukan bola sepak negara, adalah perlu untuk kita memberikan peluang kepada jurulatih lain yang boleh memberikan sumbangan lebih hebat kepada negara," kata Subahan pada sidang media selepas mesyuarat itu.

"Saya yakin dengan pengalaman beliau bersama FAM sebelum ini dapat membimbing beberapa pasukan lain di luar sana. FAM ingin merakamkan penghargaan kepada Rajagobal atas sumbangannya terjadap negara selama ini," katanya.

Subahan berkata, FAM sedang menyenarai pendek beberapa calon yang sesuai untuk menggantikan tempat Rajagobal.

"Kalau mengambil masa yang lama (untuk melantik jurulatih baharu), maka Kim Swee bertanggungjawab untuk membimbing skuad Harimau Malaya pada perlawanan terakhir (kelayakan Piala Asia 2015) menentang Yemen pada Mac depan.

"Kita bagaimanapun masih berharap dapat mencari pengganti Rajagobal selewat-lewatnya sebelum aksi menentang Yemen nanti," katanya.

Antara pencapaian terbaik Rajagobal ialah membantu skuad B-23 negara menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEa 2009 di Laos selain membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF buat kali pertama pada 2010.

FAM sebelum ini meletakkan petunjuk prestasi utama kepada Rajagobal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia namun ia gagal dicapai oleh jurulatih berusia 57 tahun itu selepas Malaysia sekadar menduduki tangga ketiga kumpulan D kelayakan dengan empat mata.

Dalam pada itu, Subahan mengesahkan bahawa FAM bersetuju untuk menyambung kontrak Kim Swee yang tamat pada 31 Dis ini, namun beliau enggan mendedahkan tempoh kontrak berkenaan.

Kim Swee yang membimbing skuad muda negara mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 di Indonesia sebelum ini dilaporkan mendapat tawaran lumayan daripada Persatuan Bola Sepak Myanmar untuk membimbing skuad kebangsaan negara berkenaan. - BERNAMA

Saturday 23 November 2013

Isu undian Timb Presiden kelia ! baca ni

Sejak berlangsung muktamar PAS,kecoh di alam maya isu pengundian..ada juga perwakilan sendiri yang suarakan tidak puas hati di fb..malah ada juga trooper umno dok sebok cari salah PAS..apa kena mengena pemilihan kepimpinan PAS dengan umno lak yang dok sibuk sangat?
ok..ni berkaitan pemilihan jawatan Timb Presiden PAS melibatkan saingan sengit Nik Amar dan Mohd Sabu,akhirnya Mohd Sabu menang.

Ada dikalangan trooper umno bangkitkan hal kertas undi terlebih..
Depa kata perwakilan yang mai muktamar 1057 0rang,tapi kertas undi 1078..maknanya kertas undi berlebih 21 la..macam ni komplot nak bagi mat sabu menang..

Wokey,buat geng fitnah ni,HP tunjukkan data gambar imej komputer ni jumlah perwakilan betdaftar,jumlah kertas undi,dan undi rosak.
Kalau guna ilmu hisap,tak lain tak bukan dapatla jawapan 1078 undi tu..
Kalau tak terer ilmu hisap,pi suruh kak mah buat tusyen yer..

Jadi HP rasa isu kertas undi ni kelia dah la..
Yang dok fitnah PAS tu..renti kan la...

UMNO ni takut sebab pemilihan kali ni semua taiko PAS menang..tu yang depa buat provok tu..
Tahniah pada semua pemenang..
Jalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah ni dengan penuh tanggungjawab..

Comango..ini pendirian PAS !bace ni

Pas menggesa kerajaan supaya tidak menandatangani sebarang persetujuan yang bercanggah dengan Islam melalui sesi pendengaran Proses Semakan Berkala Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan juga mestilah menolak mana-mana cadangan yang bertentangan dengan status quo undang-undang persekutuan mengenai kedudukan agama Islam dalam negara.

"Kerajaan juga perlu menolak sebarang usaha untuk membawa rakyat dalam negara ini untuk mengamalkan gaya hidup bebas songsang yang terbabas daripada tabii kehidupan penciptaan manusia," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas Ke-59, di sini hari ini.

Biar pun tidak menyebut secara terbuka, namun kenyataan Abdul Hadi itu dilihat merujuk kepada tuntutan-tuntutan yang dibuat Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Ma nusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB dalam isu proses semakan berkala sejagat (UPR) bulan lalu yang antara lain menyentuh hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak untuk murtad bagi orang Islam dan kesamarataan agama.

Comango secara spesifik mendesak Seksyen 377A Kanun Keseksaan berkaitan jenayah liwat dan enakmen-enakmen jenayah syariah yang bertujuan menyekat gejala LGBT, murtad serta penyebaran ajaran Syiah dimansuhkan.

Abdul Hadi menegaskan, walaupun Pas memperjuangkan demokrasi ia bukan bermakna Pas akan luntur cita-cita Islamnya.

"Bahkan Pas akan terus bertegas mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan mengikut tafsirannya yang sebenar dan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan daripada digugat oleh mana-mana pihak," katanya.

Dalam ucapan bertemakan 'Rahmat Untuk Semua' itu, Abdul Hadi menegaskan, perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas bukanlah bersifat retorik dan bukannya sesuatu janji-janji indah yang ingin mengaburi pandangan manusia atau mengelirukan kefahaman.

"Pas bukanlah parti politik semata-mata, tetapi kita adalah sebuah gerakan Islam yang bergerak dalam jalur tarbiah, dakwah, siasah mewarisi cita-cita perjuangan yang menjadi tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini yang meletakkan politik menjadi agenda penting yang tidak dipisahkan daripada agama Islam.

"Maka tentulah menjadi satu kesilapan sekiranya menyamakan Pas dengan parti-parti dan kumpulan Islam yang lain," katanya.

Ketika Abdul Hadi diharapkan menyatakan penegasan agar Pas tidak sekadar menjadi pak turut dalam pakatan pembangkang, Presiden Pas itu sebaliknya dalam ucapannya menegaskan,;

"Bagi membawa mesej rahmat untuk semua ini, Pas akan terus menjadi rakan aktif dalam Pakatan Rakyat.

"Ingatlah bahawa kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang tetapi semua parti-parti dalam pakatan adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap yang lebih maju dan seterusnya memikul amanah yang berat ini," katanya.

Dalam ucapan itu juga, Abdul Hadi mengingatkan ahli-ahli Pas supaya menjadikan kegagalan untuk mempertahankan kerajaan negeri di Kedah sebagai teladan tetapi janganlah sampai melemahkan semangat sehingga melupakan erti sebenar perjuangan.

"Kita wajib bermuhasabah diri sendiri secara mendalam, bukan hanya menjadikan lawan sahaja sebagai penyebab kekalahan kita," katanya.

Keputusan kepimpinan tertinggi

Tahniah kepada yang menang..jalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah ni dengan jujur..

Keputusan Pemilihan PAS Pusat Sesi 2011-2015

PRESIDEN
YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu

NAIB PRESIDEN
-Naib Presiden hanya akan diumumkan esok pagi.

AHLI JAWATAN KUASA

1. Idris Ahmad, Ustaz
2. Mazlan Aliman, Haji
3. Mohd Nizar Jamaluddin, Dato' Seri Ir.
4. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir.
5. Mohd Hatta Ramli, YB Dr.
6. Nasrudin Hassan, YB Ustaz
7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz
8. Mujahid Yusof Rawa, YB Datuk Dr
9. Dzulkefly Ahmad, Dr
10. Mohamed hanipa Maidin, YB Hj
11. Kamaruddin Jaafar, YB Dato'
12. Khalid Abd samad, YB Hj
13. Nik Zawawi Salleh, Ustaz
14. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
15. Riduan Mohd Nor, Dr.
16. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
17. Siti Mariah Mahmud, YB.Dr.
18. Nuridah Salleh, Ustazah

Friday 22 November 2013

Rosmah FLOW bakal PM Malaysia?baca ni


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terganggu dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya berikutan beliau menggunakan jet eksekutif milik kerajaan untuk menghadiri Persidangan Perniagaan Antarabangsa di Doha minggu lalu.

Rosmah yang ditemui di majlis pecah tanah di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, berkata beliau sangat gembira dan tidak akan memberikan komen berhubung perkara itu.

“Saya tidak mahu bercakap tentang ini, saya tidak mempunyai komen dan tidak mahu merendahkan diri saya seperti mereka. Saya sangat gembira dan akan terus membuat kerja saya,” katanya.

Apabila diminta penjelasan lanjut Rosmah meminta pemberita mendapatkan penjelasan daripada Pegawai Khas, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod.

Azizah berkata, lawatan Rosmah ke Qatar adalah atas kapasitinya sebagai isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau ke sana tidak mewakili kerajaan, tetapi untuk kepentingan kerajaan. Ini menjustifikasikan penggunaan jet itu,” katanya.

Azizah berkata, mereka menggunakan saluran betul untuk memohon jet itu termasuk memohon kepada Kementerian Luar sebelum ia dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan kebenaran.

“Permohonan dibawa kepada perhatian Kabinet dan diluluskan,” katanya dan memaklumkan bahawa jet eksekutif itu boleh digunakan oleh mana-mana VIP dengan kelulusan Kabinet.

Apabila ditanya apakah perdana menteri turut bersama ketika permohonan dibincangkan oleh Kabinet, Azizah berkata, ia tidak penting kerana kelulusan dibuat secara konsensus dan bukan atas kapasiti individu.

Minggu lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah ialah Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil; isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad; isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II, Datin Seri Che Kamariah Zakaria.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman semalam mendedahkan bahawa jemputan Rosmah ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen semalam semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti Rosmah dalam rombongan tersebut selain berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat Kabinet dan bukannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.

HP : tu dia..dah sangkut paut muhyidin dah..rasanya depa ni dok ketaq lutut nk jwb kat rakyat..tu yang pakat tolak pi kawan tu..tolak pi kawan ni..Shahidan pun bodek baik punya..

Thursday 21 November 2013

Zed Zaidi Presiden Seniman yang tak Sah? Bace ni

Pelakon Zed Zaidi hilang jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) secara automatik selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis memutuskan Mesyuarat Agung Seniman kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop turut mengarahkan Mesyuarat Agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Rosilah turut memerintah agar kos perbicaraan RM60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga kelapan.

Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM56, 000 kepada plaintif.

usteru itu, beliau berkata pemilihan keseluruhan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Seniman bagi sesi 2012/2015, Laporan Kewangan bagi tahun 2011 dan minit Mesyuarat Agung Ke-13 yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Ke-14 juga adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin dan Wafa A.Kadir membayar gantirugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.

Beliau juga memerintahkan defendan membayar kos RM60,000 kepada kesemua plaintif.

Pada 25 Jan lepas lima artis veteran Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani, dan Roslinda Buang memfailkan saman terhadap persatuan itu dan tujuh lagi.

Mereka menamakan persatuan itu, presidennya ketika itu Harun Salim Bachik, setiausaha Omar Kamarudin atau Yusof Kelana, bendahari Wafa A.Kadir dan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, yang semasa itu pemangku timbalan presiden sebagai defendan.

Tiga lagi ialah anggota jawatankuasa persatuan itu Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab.

Rosilah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi-saksi plantif dan defendan dan beliau mendapati plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan.

Rosilah berkata sepanjang perbicaraan saksi-saksi defendan terutamanya Harun Salim Bachik, Yusof, dan Zed Zaidi telah memberi keterangan bercanggah dan tidak konsisten.

"Mereka sering mengelak dari memberi jawapan kepada soalan-soalan yang jelas dan mudah daripada peguam plaintif," katanya sambil menambah jawapan-jawapan yang bercanggah itu juga boleh merosakkan kes defendan dan beratnya beban keterangan pada saksi-saksi ini adalah rendah kerana sikap buruk mereka.

Rosilah berkata mahkamah mendapati perjanjian JualBeli Hartanah oleh Persatuan Seniman pada 30 Jun 2010, telah dilaksanakan berdasarkan tipuan defendan-defandan dan tanpa kebenaran dan kelulusan Mesyuarat Agung persatuan itu.

"Pihak defendan sendiri telah akui yang Perjanjian JualBeli hartanah ini adalah tidak sah dari awal lagi. Maka dengan itu berdasarkan semua alasan- alasan di atas saya dapati Perjanjian JualBeli Hartanah ini adalah terbatal dan tidak sah," katanya.

Rosilah berkata dari keterangan yang dikemukakan, persatuan itu telah mengalami kerugian sebanyak RM56,000 bagi pembelian hartanah itu dan oleh itu mahkamah mendapati plaintif-plaintif berhak kepada kerugian itu.

Beliau juga berkata perbuatan defendan-defendan mengadakan minit mesyuarat yang berbeza dengan yang difailkan dengan Pejabat Pendaftar dan Buku Laporan Mesyuarat Agung Ke-14 adalah berniat menipu ahli-ahli persatuan dan bermotif jahat.

Plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka memohon satu deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung yang dibentang pada 26 Mei 2012 adalah tidak sah dan terbatal.

Ini kerana mereka mendakwa selain plaintif dan defendan, terdapat beratus-ratus lagi yang hadir pada mesyuarat itu diragui keahliannya.

Mereka juga memohon deklarasi pemilihan anggota jawatankuasa persatuan yang diadakan pada mesyuarat berkenaan juga tidak sah.

Plaintif juga memohon ganti rugi am, teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain menuntut Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Wafa membayar RM56,000 kepada persatuan itu atas dakwaan menyebabkan kerugian kepada persatuan itu berhubung pembelian hartanah.

Plaintif yang juga penggiat seni Abu Bakar yang hadir hari ini memberitahu pemberita bahawa beliau bersyukur dengan keputusan itu dan berharap keputusan itu akan menjadi pengajaran kepada persatuan lain supaya tidak mengamalkan perkara yang tidak betul.

Keputusan penuh Pemilihan PAS

Tahniah kepada semua pemenang..
yang tewas tu takpala..cuba lagi..
yang penting sapa yg menang kenala tunaikan janji..
jangan berdegar degar ja janji..
untuk saudara Dr Raja Ahmad,teruskan suara anda menentang karpal singh..kami dibelakang anda,janganla senyap ja bila kalah..
berjuangla demi agama..bukan kerana jawatan..
buat suhaizan..tahniah..jangan lupa tunai janji..jangan lupa janji anda..perkasakan pemuda pas..beranikan diri bersuara untuk pemuda..
jangan biar pemuda jadi pak turut..biarla pemuda jadi peneraju..
HP juga berharap suhaizan akan jaga kebajikan Facebooker dan Blogger..
dalam dunia media baru..tiap isu sangat laju..
Saya tertarik dengan idea Suhaizan yang nak penuhkan program untuk pemuda..itu idea yang baik..teruskan visi dan hala tuju tuan..
tahniah tuan..
tahniah kpd pemenang..

PENGERUSI TETAP: Ustaz Kamal Syaari
TIMB PENGERUSI TETAP:
Dr Riduan Mohd Nor

KP: Suhaizan Kaiat - 320

TKP: Muhamad Khalil Abdul Hadi - 355

NKP: Ir Khairil Nizam Khirudin - 411

AJK:

1. Syed Abdul Kadir Al-Jofree
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden
3. Ahmad Fadhli Syaari
4. Syahir Sulaiman
5. Abang Ahmad Kerdee
6. Zaharudin Muhamad
7. Ahmad Yahya
8. Wan Faizul Wan Salleh
9. Fadhli Ghani
10. Zawawi Hassan
11. Nurul Islam Mohamed Yusoff
12. Sani Hamzan

Wednesday 20 November 2013

Isu Panas calon Ketua Pemuda..baca ni !

Setelah berminggu minggu polemik berkaitan isu calon ketua DPP saudara kamaruzzaman ni,maka semalam satu kenyataan rasmi dah dikeluarkan..isu ni telah menarik perhatian ramai pihak. Rampasan kuasa la,mesyuarat agung tak sahla..digantung jawatan la..
apa apa pun kita baca dulu kenyataan rasmi ni..

MENJAWAB ISU TUDUHAN TERHADAP SAUDARA KAMARUZAMAN MOHAMAD BERKAITAN ISU PUTRAJAYA

Mutahir ini banyak kenyataan bersifat fitnah yang berlegar di dunia maya berkaitan isu yang berlaku di putrajaya.
Antara berita fitnah yang tersebar ialah tuduhan terhadap Yang Dipertua baru PAS Putrajaya Sdr Kamaruzaman Mohamad, yang dituduh menjadi dalang disebalik cerita-cerita fitnah tersebut. Maka saya mewakili PAS Kawasan Putrajaya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan fitnah tersebut, di sini dikemukakan kronologi lengkap mejawab tuduhan-tuduhan fitnah tersebut:

1. Isu rampasan kuasa YDP PAS Putrajaya, isu yang digembar gemburkan bahawa Saudara Kamaruzaman Mohammad telah menggulingkan YDP lama Ust. Nazir Zakaria adalah tidak benar sama sekali. Penjelasan terperinici mengenai perlantikan Saudara Kamaruzaman sebagai YDP adalah seperti berikut:
(a) Isu Mesyuarat Agong Kawasan (MAT) Putrajaya dan perlatikan Yang Dipertua Kawasan. Mesyuarat Agong Pas Kawasan Putrajaya (MAT) telah berlangsung sebanyak dua kali. MAT pertama telah berlangsung pada 22 September 2013, walaubagaimanapun MAT telah diminta utuk diadakan semula oleh PAS Pusat kerana surat notis MAT yang dikeluarkan kurang daripada 14 hari. Hanya itu sahaja sebab yang menyebabkan Pas Putrajaya diarahkan untuk MAT semula.
(b) Selepas arahan diadakan semula MAT kawasan, Ust Nazir Zakaria sebagai YDP telah memanggil satu mesyuarat khas kawasan dan mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan semula MAT kawasan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
(c) MAT kedua telah diadakan pada 11 November 2013, semasa MAT kedua ini, Saudara Kamaruzaman telah dilantik sebagai YDP yang baru setelah mendapat pencalonan daripada cawangan dan dewan-dewan setelah seorang calon lain yang dicalonkan menarik diri. MAT kedua ini turut dihadiri oleh Sdra Nazir dan beliau berucap sebagai YDP.
(d) Ust. Nazir telah dicalonkan oleh cawangan untuk jawatan AJK Kawasan, namun beliau tidak terpilih untuk jawatan tersebut.

2. Isu Merehatkan Ust Nazir Zakaria sebagai Yang Dipertua Kawasan Isu ini kami perincikan mengikut butiran berikut:
(a) Jun 2011 Mesyuarat AJK Kerja Pas Kawasan telah memutuskan senarai calon PRU13 untuk kawasan Putrajaya, nama Ust. Nazir dicalonkan sebagai pilihan ke 3 kerana menghormati beliau sebagai YDP sekalipun sebahagian besar AJK agak keberatan. Mesyuarat PAS Kawasan juga bersetuju untuk menerima siapa saja calon yang diputuskan PAS Pusat kerana Putrajaya telah diletakkan dibawah Jawatan kuasa Roadmap PAS Pusat yang dipengerusikan oleh YB Dato Husam Musa.
(b) Disember 2011, Ust Nazir telah meletak jawatan sebagai YDP dalam satu mesyuarat kawasan dan telah diterima oleh Mesyuarat Kawasan. Beliau telah menarik balik perletakan jawatan tersebut dan mesyuarat khas kawasan telah memutuskan untuk menerima penarikan balik jawatan tersebut kerana faktor PRU 13 yang semakin hampir.
(c) Februari 2013, PAS Pusat melalui Timbalan Presiden, Tn Hj Mohamad Sabu dan Tn Hj Salahudin Ayub telah memanggil AJK Harian Putrajaya untuk memaklumkan keputusan PAS pusat untuk meletakkan Dato Mustafa Ali sebagai calon PRU 13.
Satu mesyuarat khas kawasan telah dibuat selepas makluman tersebut dan keputusan penting telah diputuskan seperti berikut:
i. Majoriti ajk kawasan telah bersetuju untuk menerima Dato Mustafa sebagai calon Putrajaya.
ii. Ust Nazir sebagai YDP telah menggunakan kuasa vetonya untuk mengambil alih jentera PRK Putrajaya

(d) Selepas mesy khas tersebut, YDP telah memanggil mesyuarat JPRK bersama kawasan-kawsan bantu, tetapi telah tidak dihadiri oleh seluruh jentera PRK dan semua kawasan- kawasan bantu. Susulan daripada insiden ini, Ust Nazir telah menyerahkan semula Jentera PRK kepada Pengarah asal.
(e) Selepas insiden ini, Ust Nazir telah menghantar sms ugutan kepada beberapa AJK Pas Pusat untuk mengadakan sidang akhbar menolak Dato Mustafa sekiranya calon tidak ditukar kepada Dato Husam.
(f) Esoknya, berita penolakan pencalonan Dato Mustafa oleh sdra Nazir telah keluar di dalam Sinar Harian
(g) Mac 2013, Mesy Khas Kawasan telah diadakan untuk membincangkan masalah calon dan tindakan Ust Nazir yang telah membuat sidang akhbar yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat kawasan dan membelakangkan kawasan dalam tindakan sidang media. Mesy tersebut telah memutuskan tindakan Sdra Nazir adalah bertentangan dengan keputusan kawasan dan hasil daripada tindakan beliau, bbrp orang AJK kanan kawasan dan sbhgn besar Jentera kanan JPRK telah mengumumkan untuk meletak jawatan sekiranya Sdra Nazir masih menjadi YDP.
(h) Mesyuarat memutuskan untuk diadakan mesyuarat khas kedua untuk membincangkan mengenai status terkini AJK Kawasan dan Jentera PRK kawasan dan tarikh mesyuarat tersebut telah diberikan oleh Sdra Nazir sendiri.
(i) Mesyuarat khas kedua dengan sokongan lebih 80% AJK memutuskan untuk merehatkan Ust Nazir sehingga tarikh yang diputuskan semula oleh AJK Kawasan demi untuk kelancaran gerakerja PRU13.
Keputusn ini dibuat berasaskan peruntukan fasal 28 (8), “dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) diatas, maka Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan adalah berkuasa memberhentikan atau menahan seseorang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan daripada menjalankan kerja-kerjanya pada/atau dalam masa yang ditentukan. Akan tetapi tidaklah boleh diberhentikan seseorang Ahli Jawatankuasa Kerja itu melainkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.
Oleh yang demikian ingin saya nyatakan tindakan diambil secara kolektif oleh PAS Kawasan Putrajaya bagi menangani sikap Ustaz Nazir yang melanggar arahan jemaah. Ia juga diambil selepas melihat kepada kesan tindakan beliau keatas PAS yang menghampiri PRU 13.
Tiada sebarang rampasan kuasa dan pelanggaran peraturan yang berlaku. MAT kali kedua telah pun selesai dan Saudara Kamaruzaman telah dilantik sebagai YDP yang baru. Saya mewakili PAS Putrajaya berharap pencerahan ini dapat menjawab sebarang persoalan dihati para ahli PAS berkenaan apa yang sebenarnya berlaku.

Sekian Terima Kasih.
Fathullah Uzir Abdullah
Ketua Penerangan PAS Kawasan Putrajaya

wokeh dah clear sket..pada yg masih tak dapat tangkap isu ni,takpa,HP akan letak gambaq beserta kronologi isu ni..

gambaq satu..ni gambaq ketiga tiga calon ketua pemuda pas pusat..yang kopiah putih tu la kz..

gambaq dua..gambaq masa isytihar kz jadi ydp pas putrajaya

gambaq tiga..gambaq dari selatanonline.net yang mengesahkan kemenangan kz

gambaq empat..gambaq yang tunjukkan ust nazir and the geng pi ziarah mayat chin peng kat bangkok..kat printscreen tu pun boleh baca luahan hati ust nazir

gambaq lima..gambaq statement ust nazir..

gambaq enam..yang ni dari selatanonline.net yang mengesahkan kemenangan kz adalah sahih di sisi perlembagaan..

gambaq tujuh,dari fb page ustaz nasrudin tantawi yang turut follow isu kz ni..

jadi isu ni harap harap kelia la noh..

Tuesday 19 November 2013

Bace ni ! PATI hutang berpuluh puluh juta kat hospital Sabah !

Ini adalah pendedahan mengejutkan! Dalam situasi kerajaan Malaysia menyeksa jiwa rakyat dengan penghapusan subsidi,kenaikan harga barang,cukai itu ini..

tapi hakikat sebenar ialah Kerajaan Malaysia seperti pejam mata bila ada Pendatang Asing Tanpa Izin sesuka hati boleh guna kemudahan perubatan dengan percuma..memangla Pati tu hutang.tapi kalau dah hilang tanpa dikesan..tak ke jadi percuma tu?

Yang pelik tu,bende ni dah melarat sampai enam tahun..takkan la tak de teknik ke..ape ape mekanisma yang dapat halang benda ni..kot ye pun PATI tu kecemasan sangat nak rawatan..takkan takde apa apa cara tak bagi die terlepas kot..kalau takde dokumen tu,PATI la..awat yang tak report..yang dok biaq sampai enam tahun tu buat apa?

Buat baik memang mulia..tapi sedarkah orang yg berkenaan jika anda sbg PATI dinegara mereka,dalam keadaan kecemasan,adakah hospital mereka akan alu alukan anda?adakah mereka mudah mudah lepaskan anda?
fikirla,bendera kita pun depa bakaq la..

HP harap kementerian kesihatan dapat bertegas dan lakukan sesuatu..

jangan biarkan rakyat Malaysia yang tanggung hutang PATI tu!

Rosmah terima anugerah FLoW ! jom baca !

Kerajaan Malaysia ialah kerajaan yang prihatin.

Untk mengurangkan kadar obesiti dan kencing manis,maka kerajaan telah menghapuskan subsidi gula..maka kerajaan dapat berjimat..bijak kan?

Manakala untuk pastikan jalanraya menjadi kawasan yang selamat dan tidak berbahaya,maka semalam mereka bercadang untuk melupuskan kereta lebih usia 12 tahun..selepas akta ini dibuat,maka kuranglah kematian rakyat akibat kemalangan..pandai kerajaan jaga rakyat kan?
malah bila berlaku urusan jual beli kenderaan,kerajaan pun boleh tambah pendapatan dari cukai itu ini..pandai kan kerajaan cari duit?

Akan tetapi malangnya nasib kita semua kerana segala susah payah kita bolehlah diibaratkan seperti susu dibalas dengan tuba..macam macam yang dah kita hadap hal isteri PM ni..
dahla pi program keislaman tak tutup aurat dengan sempurna.
langsung tak nampak ciri ciri isteri pemimpin dunia islam.
adakah benar yang malaysia ada dua PM?pertama rosmah..kedua najib?
adakah wajar pengorbanan rakyat dibayar dengan menaja rosmah kesana kemari?adakah tujuan pemotongan subsidi untuk panjangkan langkah beliau?

janganlah korbankan rakyat untuk kehendak peribadi pemimpin BN.

cukup cukup sudah..

oleh itu,Harian Pendang nak menegaskan yang Rosmah bukanlah First Lady of Politic (FLOP)
, apatah lagi First Lady of Malaysia (FLoM)..
gelaran yang selayaknya untuk beliau ialah First Lady of Waste (FLoW)..
dengan ini HariaN Pendang menganugerahkan gelaran FLoW buat Rosmah..

Tahniah Datin Seri Rosmah FLoW..
moga Datin Seri Flow lebih banyak membazir..kami memang suka ikat perut asalkan Datin Seri Flow gembira..

Tahniah

Monday 18 November 2013

Karpal..bila nak mintak maaf wey

Dah lebih 72 jam sejak dewan pemuda PAS minta Karpal Singh minta maaf..

tapi nampaknya Karpal tidak cukup bertanggungjawab sebab sampai sekarang jangankan minta maaf,berdehem pun tak berani.
ini adalah susulan dari kenyataan kurang ajar beliau yang nak pendaftaran PAS dibatalkan.

makin kurang ajar bila dia berani bohong PAS,dia cakap tak pernah keluar kenyataan macam tu,tapi lepas dewan pemuda PAS siasat rakaman sidang media tu,terus pecah tembelang makhluk ni.

Apa? selama ni dia cakap macam macam kat PAS,kita diam ja,dia ingat kalau dia cakap macam tu Pemuda PAS nak diam jela? dia ingat Pemuda PAS macam topi keledar?boleh katok suka suka hati?

Dah banyak desakan oleh pemimpin PAS yang nak DAP tetapkan adakah kenyataan tersebut adalah pandangan peribadi Karpal ataupun permintaan DAP sendiri..tapi DAP juga macam tak berminat nak ulas?adakah sebab PAS tak penting di mata DAP..?

HP berharap karpal dan DAP lebih bertanggungjawab bila keluarkan apa apa statement..
jadila anak jantan,berani cakap salah,berani minta maaf..
tau la lawyer,taula ahli parlimen berpenggal penggal,tapi mulut jage la sket..toksah busuk sangat..huh..

HP buh skali printscreen harakahdaily,ulasan ulama berkenaan isu ni..
adakah karpal berani minta maaf?
sama sama tunggu..

Oh Tanah air ku..

Ini berita yang tak sedap didengar..
Perkara macam ni sepatutnya tak perlu dibahaskan pun..
kenapa kerajaan tergamak fikir macam tu?
tak cukup lagi ke rakyat terbeban?menanggung beban?

HP berpendapat bahawa kerajaan kene sensitif.tak semua rakyat kaya raya.kalau rakyat kaya,depa pun takmau pakai kereta buruk la.
banyak yang usia bawah 40 tahun yang bawa kancil,proton saga,wira..
usia yang sepatutnya depa menabung untuk hari tua,depa terpaksa bazirkan untuk kereta..
paling koman pun sebiji kereta rm50 ribu..kalau seumur hidup terpaksa tukar 3 biji kereta? tak ke dah rm150 ribu? berlebih rm 100 ribu hanya untuk kereta. sedangkan banyak benda lagi boleh buat dengan rm100 ribu..antaranya buat haji..sedekah..wakaf..beli aset..insuran..investment..pendidikan anak anak..
mungkin kerajaan terlepas pandang yang kebanyakan pemilik kereta lama ni ialah orang melayu..adakah niat kerajaan ialah untuk himpit melayu?untuk paksa melayu ke jalan buntu?adakah kerajaan hanya akan rasa puas hati setelah orang melayu dah mula menanam rumput utk dimakan atau cuma teguk air kosong hari hari?adakah itu matlamat kerajaan Barisan Nasional?

Fikirla sikit beban rakyat.

Sunday 17 November 2013

Tahniah adik

skarang ni kecoh cerita hantu Nabila yang macam macam versi..
cerita tahyul mahyul ni memang best..semoga polis cepat jumpa budak yang hilang tu..sorang je hilang..bukan 23..

ape ape pun cerita tu tak boleh lawan cerita yang satu ni..
cerita pasai adik yang duduk kelas corot..tapi boleh dapat 5A..
HP betul betul gembira sebab adik ni dah buktikan yang teori kerja keras tu memang berkesan..
selalu kita disogokkan dengan kisah pelajar cemerlang yg dah memang dari awal cemerlang..
takpun ceramah motivasi dari datuk,prof,dr yang bgtau sjarah hidup die yg memang dari awal cemerlang..kalo dengaq ceramah depa,memang semangat waja..tapi bila kluaq dewan..smangat tu tak kemana..sebab takdak ruh..

tapi klu kita dengaq cerita dari adik ni,bagaimana dari dok kelas corot,orang pandang rendah..dalam takdak yg bg tumpuan pada dia,tapi.dia boleh dapat 5A..mesti boleh bagi inspirasi berguna pada pelajar pelajar lain..

jadi,HP harap ibu bapa yg ada anak kecik yg tak berapa cemerlang tu,toksah putus asa..buktikan dengan usaha keras.disiplin.rajin.ingat Allah,solat,doa..
insyaa Allah kejayaan tu akan sampai..

dari HP..tahniah adik..semoga adik ni akan terus berjaya dan terus berjaya..
Tahniah

Gambar sekitar sesi wacana calon 13hb

ni adalah gambar gambar yang sempat HP rakam sepanjang berlangsung sesi wacana 13hb..
tahniah kepada dewan pemuda pas kuala kedah di atas penganjuran ni..
walaupun dana yang sikit,tapi Alhamdulillah,majlis tetap berjalan dengan sempurna..
Tahniah juga kpd calon yang hadir kerana berani bersemuka dalam pentas terbuka..
pada HP ni adalah satu peluang yang adil..yang terbuka dan telus utk calon membentangkan misi dan hala tuju depa jika menang..ayoh layan gambar..kalau nak review,boleh check post sblum ni..
hehe