Sunday 15 June 2014

BERITA BAIK!gaji min RM1100 bila PR jadi kerajaan @anwaribrahim @nikabdulaziz

SHAH ALAM -  Pakatan Rakyat sedia meluluskan permohonan pelaksanaan gaji minimum RM1,100 jika PR diberi peluang untuk memerintah pentadbiran kerajaan di negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, cadangan DAP yang menggesa kerajaan untuk meluluskan perlaksanaan gaji minimum sehingga RM1,100 dianggap relevan atas dasar kekangan kos sara hidup dan keperluan yang semakin menghimpit rakyat.

"Berdasarkan kira-kira yang dilakukan oleh Bank Negara, pihak Bank Negara telah meluluskan peruntukan bagi gaji minimum  sehingga RM1,200 bagi setiap individu yang bekerja di negara ini.

"Kerajaan mempunyai belanjawan sehingga RM220 bilion setahun, jadi tidak salah sekiranya kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion untuk gaji minimum RM1,100 kepada pekerja di negara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) turut menyifatkan tindakan kerajaan yang hanya berdiam diri dan menyerahkan kesemua aspek perlaksanaan gaji minimum ke atas majikan dan syarikat sebagai satu langkah yang tidak bertanggungjawab.

"Kerajaan jangan bersikap lepas tangan, harus bela nasib rakyat dan bantu ringankan beban rakyat, bukan hanya tahu kutip cukai sahaja," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu beliau menyokong penuh cadangan perlaksanaan gaji minimum RM1,100 dan bersetuju untuk mendesak kerajaan bagi meluluskan perlaksanaan tersebut secepat mungkin.

SH

Thursday 12 June 2014

PANASS!! Mahfuz akui,Hasan Malek ajak jumpa ! @nikabdulaziz @anwaribrahim

Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan kewujudan unsur salah guna dalam skandal pemberian pinjaman RM32 juta tanpa faedah Bank Rakyat kepada ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan.

Mahfuz berkata, campur tangan menteri yang mengarahkan lembaga pengarah Bank Rakyat untuk membuat keputusan mengenai pinjaman itu masih dianggap sebagai satu kesalahan.

Katanya, lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Sabbaruddin Chik semasa keputusan pertama sudah menolak cadangan pinjaman itu tetapi menerimanya pada kali kedua atas persetujuan secara 'rela-paksa' selepas diarahkan menteri.

"Menteri beri ugutan kalau tidak setuju akan dipecat.

"Ini ugutan yang diperakui Sabbaruddin. Jadi kalau SPRM kata tiada unsur rasuah, ya mungkin daripada aspek beri atau terima benda tetapi salah guna kuasa juga dikira berunsur rasuah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Katanya, kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan Sabbaruddin membuat penafian itu tidak benar.

Katanya, Sabbaruddin hanya menafikan laporan berita yang mengaitkan pinjaman itu dengan keluarga perdana menteri tetapi tidak pernah menafikan penglibatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dalam skandal ini.

Beliau turut mendedahkan hasrat Hasan untuk berjumpa dengannya secara peribadi bagi menjelaskan situasi sebenar.

Melalui nota kecil yang diletakkan di meja Mahfuz dalam Dewan Rakyat, Hasan berkata "YB Poko Sena, bila boleh kita jumpa berbincang isu Bank Rakyat?" serta dengan tandatangan dan nombor telefon bimbit peribadi.

Mahfuz berkata, nota itu dipercayai diletakkan pada petang semalam ketika beliau tiada dalam Dewan dan sedia berjumpa dengan Hasan pada bila-bila masa saja.

"Tetapi persoalannya dia tidak perlu beri penjelasan kepada saya tetapi kena jelaskan dalam Dewan dan rakyat demi memastikan penjelasan kukuh dijawab di Parlimen.

"Dia bukan bertanggungjawab kepada saya tetapi kepada Parlimen," katanya.

Ahmad pada sesi penggulungan Dewan Rakyat semalam menafikan Bank Rakyat memberi pinjaman kepada mana-mana individu tanpa mengira kadar keuntungan.

Beliau berkata, pihak yang menimbulkan dakwaan itu mungkin terkeliru dengan penstrukturan pembayaran semula pokok atau baki pinjaman.

Katanya, pihaknya juga dimaklumkam Sabbaruddin sudah mengakui kenyataannya mengenai isu itu diputarbelitkan oleh media alternatif.

Ahmad berkata, penstrukturan pembayaran semula yang diklasifikasi sebagai “non performing loan” merupakan amalan biasa bank bagi memastikan sebarang pinjaman perlu mendapat pulangan yang baik berdasarkan keadaan semasa.

Mengenai 120 keping cek “post-dated”, beliau berkata perkara itu sekadar cara bayaran dan tidak menyalahi undang-undang. – 12 Jun, 2014.

Monday 9 June 2014

@jasonlo1 nak buang perkataan Islam dari ic! Mana demo?Report polis? @Khairykj @nikabdulaziz

Kecoh dua hari ni di laman twitter apabila artis yang merangkap ahli perniagaan,iaitu Jason Lo membuat cadangan di twitter supaya perkataan Islam di IC,dibuang..

Posting beliau mendapat reaksi luar biasa dari belia belia yang jelas marah. Iyalah,siapa Jason Lo yang poyo sangat bagi cadangan merepek camtu..tau lah ahli korporat pun..tapi takyah la besar kepala sangat.

Yang peliknya ialah apabila pemuda umno menyepi seribu bahasa..terus bisu..takde pulak demo demo..takde pulak report polis ke..paling kurang pun,mesti NGO PERKASA akan sound Jason LO neh..tapi aneh..apa pun takda..

Oppss..lupa..kan big boss KJ punya best friend..mana pemuda umno berani bising..giler korang..tak pasal pasal jawatan kene cantas nanti..keh keh keh..

Tapi..cuba korang bayangkan kalau pemimpin dari Pihak Pakatan Rakyat yang cadangkan?mau berderet deret demo..beratus ratus report polis dari UMNO,NGO NGO..Perkasa la..perkasam la..jati la..jata la..geram la..garam la..
Keh keh keh...

Nampak tak munafiknya geng UMNO ni..
Keh keh keh ..

Kita tunggu je la ade ke tak geng UMNO atau NGO yang berani tegur Jason Lo .

PANAS !! Pengguna Twitter hina Agong Didakwa ! @nikabdulaziz @nikabduh

Berita panas ni dipetik dari Bernama . HP menyokong pendakwaan ni sebab YdPA tak patut dihina...kalau ada yang tak puas hati pun..kita sebagai rakyat jelata tak patut merendah rendah kan martabat YdPA kita sendiri...kalau kita sebagai rakyat tak hormat Raja dan Sultan Melayu....takkan lah kita nak harapkan rakyat negara lain yang nak hormat pada Raja dan Sultan kita...
jom baca berita kat bawah ni.

Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.

Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point. Agong is just a puppet. Down with monarchy. A waste of rakyats money” dan “Soalan serius. Rakyat bayar elaun dan istana agong. Technically speaking he works for us. So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.

Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hashimah bte Hashim dan Noor Zalizan bte Lazarous di hadapan Tuan Hakim Zulqarnain bin Hj Hassan. Tertuduh yang hadir pada prosiding tersebut diwakili oleh peguam bela, Syahredza Johan.

PENGGUNA TWITTER HINA AGONG DIDAKWA ! @nikabdulaziz @nikabduh

Berita panas ni dipetik dari Bernama . HP menyokong pendakwaan ni sebab YdPA tak patut dihina...kalau ada yang tak puas hati pun..kita sebagai rakyat jelata tak patut merendah rendah kan martabat YdPA kita sendiri...kalau kita sebagai rakyat tak hormat Raja dan Sultan Melayu....takkan lah kita nak harapkan rakyat negara lain yang nak hormat pada Raja dan Sultan kita...
jom baca berita kat bawah ni.

Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.

Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point. Agong is just a puppet. Down with monarchy. A waste of rakyats money” dan “Soalan serius. Rakyat bayar elaun dan istana agong. Technically speaking he works for us. So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.

Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hashimah bte Hashim dan Noor Zalizan bte Lazarous di hadapan Tuan Hakim Zulqarnain bin Hj Hassan. Tertuduh yang hadir pada prosiding tersebut diwakili oleh peguam bela, Syahredza Johan.

UPDATE #DialogBelanjawan Negeri Selangor 2015 sangat meyakinkan ! @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim

Sebentar tadi telah berlangsung Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2015 ..

Menurut laman tweeter YAB MB TS Khalid.. beberapa perkara menjadi keutamaan Kerajaan Negeri..

Iaitu..
Pembangunan Malaysia bergantung kpd Selangor. Jika pembangunan di Selangor perlahan, ianya akan memberi kesan pd ekonomi negara.
Beliau juga menegaskan bahawa perancangan pembangunan negeri Selangor tidak akan berjaya sekiranya pendapatan per kapita penduduk tidak dinaikkan.

Kemudian, bagi mengurangkan kesenjangan pendapatan, kerajaan Selangor mensasarkan lebih 50% keluarga di Selangor berpendapatan kelas pertengahan.
Hurm..menarik tu..

Kerajaan Selangor juga amat titik beratkan keperluan asas untuk rakyat apabila mereka bersetuju bahawa perancangan infrastruktur & keperluan lain perlu selari dengan perancangan bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Selain itu, kerajaan Selangor telah kenal pasti industri kuari yg tidak memberi pendapatan yg banyak & mendatangkan beban yg tinggi kepada negeri.

Untuk memantapkan lagi ekonomi, Kerajaan Selangor akan buat kira-kira yang baharu supaya pendapatan setimpal dengan beban yang ditanggung oleh kerajaan negeri.

Dialog belanjawan kali ini menarik perhatian apabila Kerajaan akan tingkatkan sektor pertanian daripada 2% kepada 7%. Tanah2 terbiar di bandar akan dibangunkan untuk pertanian.

Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2015 akan fokus pada 3 bidang :-

1)Meningkatkan hasil
2)Penggunaan  dgn betul
3)Perkenal perancangan baru - Selangor sebagai negeri perbandaran

Pastinya Rakyat Selangor akan berpuas hati apabila belanjawan ini akan direalitikan nanti..pastinya kerajaan Selangor akan lebih makmur dan semakin maju dibawah pemerintahan PR .
In syaa Allah .

Friday 6 June 2014

Tiga Menteri Cap Ayam akan dibuang dari Kabinet ! Cayalah ! @cmlimguaneng @nikabdulaziz @anwaribrahim

Dah berlegar di ruang maya mengenai maklumat sulit dari dalam Jabatan Perdana Menteri mengenai tiga orang menteri kabinet yang bakal ditendang keluar oleh Najib...

ketiga tiga ekor keldai ni memang diketahui banyak buat keputusan yang dah rugi kan rakyat....

Malah ketiga tiga mereka ini juga terpalit dengan isu isu skandal yang masih gagal dijawab sampai sekarang.....

Hasan Malek...sapa yang tak kenal dengan menteri ayam yang satu ni....dulu masa krisis harga ayam...dia gagal teruk nak kawal harga....malah dia juga gagal tangani situasi ni dengan baik...akhirnya...dia salah kan pengguna......keluar la statement murahan....kalau rasa mahal...jangan beli ayam....akhirnya...sampai ke hari ni..harga ayam masih melambung tinggi di pasaran.....
yang terbaru..hasan malek ni terpalit dengan isu pinjaman tanpa faedah bernilai puluhan juta ringgit....sampai sekarang dia tak berani nak ulas isu ni...walaupun didesak oleh Lim Guan Eng sendiri...

yang kedua dalam senarai dipecat ialah Tengku Adnan Tengku Mansor....MP Putrajaya....
hurm.....korang kenal ke dia ni....rasa rasanya apa la jasa dia sepanjang dia duduk dalam kabinet ek....
rasenye takde kot....buat isu lagi ade la..

yang ketiga ...paling menarik ialah Jamil Khir.......orang jerai yang tak disukai oleh orang orang umno jerai sendiri...dah la umno bahagian pun penuh krisis dan drama...haih........
Jamil khir pun sepanjang jadi menteri ...tak pernah bagi apa apa jasa pada rakyat negeri kedah pun.....
dia jugak gagal jawab isu tuduhan wang zakat...
dan yang terbaru kegagalan dia jawab isu cadbury yang kejap halal...kejap haram.....

jadi bila tiga tiga keldai ni terpilih untuk dibuang...sepatutnya buang la cepat cepat sikit.....lagi lama diorang ni jadi menteri ....lagi banyak duit rakyat yang dibazir...
itu yang tau....yang tak tau...yang kot kot ade masuk poket ke......lagi banyak kot....


harap harap berita ni jadi kenyataan la..
kalau boleh tukar terus sekali sekali dengan kerajaan...
ada berani ka najib ?