Wednesday 20 November 2013

Isu Panas calon Ketua Pemuda..baca ni !

Setelah berminggu minggu polemik berkaitan isu calon ketua DPP saudara kamaruzzaman ni,maka semalam satu kenyataan rasmi dah dikeluarkan..isu ni telah menarik perhatian ramai pihak. Rampasan kuasa la,mesyuarat agung tak sahla..digantung jawatan la..
apa apa pun kita baca dulu kenyataan rasmi ni..

MENJAWAB ISU TUDUHAN TERHADAP SAUDARA KAMARUZAMAN MOHAMAD BERKAITAN ISU PUTRAJAYA

Mutahir ini banyak kenyataan bersifat fitnah yang berlegar di dunia maya berkaitan isu yang berlaku di putrajaya.
Antara berita fitnah yang tersebar ialah tuduhan terhadap Yang Dipertua baru PAS Putrajaya Sdr Kamaruzaman Mohamad, yang dituduh menjadi dalang disebalik cerita-cerita fitnah tersebut. Maka saya mewakili PAS Kawasan Putrajaya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan fitnah tersebut, di sini dikemukakan kronologi lengkap mejawab tuduhan-tuduhan fitnah tersebut:

1. Isu rampasan kuasa YDP PAS Putrajaya, isu yang digembar gemburkan bahawa Saudara Kamaruzaman Mohammad telah menggulingkan YDP lama Ust. Nazir Zakaria adalah tidak benar sama sekali. Penjelasan terperinici mengenai perlantikan Saudara Kamaruzaman sebagai YDP adalah seperti berikut:
(a) Isu Mesyuarat Agong Kawasan (MAT) Putrajaya dan perlatikan Yang Dipertua Kawasan. Mesyuarat Agong Pas Kawasan Putrajaya (MAT) telah berlangsung sebanyak dua kali. MAT pertama telah berlangsung pada 22 September 2013, walaubagaimanapun MAT telah diminta utuk diadakan semula oleh PAS Pusat kerana surat notis MAT yang dikeluarkan kurang daripada 14 hari. Hanya itu sahaja sebab yang menyebabkan Pas Putrajaya diarahkan untuk MAT semula.
(b) Selepas arahan diadakan semula MAT kawasan, Ust Nazir Zakaria sebagai YDP telah memanggil satu mesyuarat khas kawasan dan mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan semula MAT kawasan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
(c) MAT kedua telah diadakan pada 11 November 2013, semasa MAT kedua ini, Saudara Kamaruzaman telah dilantik sebagai YDP yang baru setelah mendapat pencalonan daripada cawangan dan dewan-dewan setelah seorang calon lain yang dicalonkan menarik diri. MAT kedua ini turut dihadiri oleh Sdra Nazir dan beliau berucap sebagai YDP.
(d) Ust. Nazir telah dicalonkan oleh cawangan untuk jawatan AJK Kawasan, namun beliau tidak terpilih untuk jawatan tersebut.

2. Isu Merehatkan Ust Nazir Zakaria sebagai Yang Dipertua Kawasan Isu ini kami perincikan mengikut butiran berikut:
(a) Jun 2011 Mesyuarat AJK Kerja Pas Kawasan telah memutuskan senarai calon PRU13 untuk kawasan Putrajaya, nama Ust. Nazir dicalonkan sebagai pilihan ke 3 kerana menghormati beliau sebagai YDP sekalipun sebahagian besar AJK agak keberatan. Mesyuarat PAS Kawasan juga bersetuju untuk menerima siapa saja calon yang diputuskan PAS Pusat kerana Putrajaya telah diletakkan dibawah Jawatan kuasa Roadmap PAS Pusat yang dipengerusikan oleh YB Dato Husam Musa.
(b) Disember 2011, Ust Nazir telah meletak jawatan sebagai YDP dalam satu mesyuarat kawasan dan telah diterima oleh Mesyuarat Kawasan. Beliau telah menarik balik perletakan jawatan tersebut dan mesyuarat khas kawasan telah memutuskan untuk menerima penarikan balik jawatan tersebut kerana faktor PRU 13 yang semakin hampir.
(c) Februari 2013, PAS Pusat melalui Timbalan Presiden, Tn Hj Mohamad Sabu dan Tn Hj Salahudin Ayub telah memanggil AJK Harian Putrajaya untuk memaklumkan keputusan PAS pusat untuk meletakkan Dato Mustafa Ali sebagai calon PRU 13.
Satu mesyuarat khas kawasan telah dibuat selepas makluman tersebut dan keputusan penting telah diputuskan seperti berikut:
i. Majoriti ajk kawasan telah bersetuju untuk menerima Dato Mustafa sebagai calon Putrajaya.
ii. Ust Nazir sebagai YDP telah menggunakan kuasa vetonya untuk mengambil alih jentera PRK Putrajaya

(d) Selepas mesy khas tersebut, YDP telah memanggil mesyuarat JPRK bersama kawasan-kawsan bantu, tetapi telah tidak dihadiri oleh seluruh jentera PRK dan semua kawasan- kawasan bantu. Susulan daripada insiden ini, Ust Nazir telah menyerahkan semula Jentera PRK kepada Pengarah asal.
(e) Selepas insiden ini, Ust Nazir telah menghantar sms ugutan kepada beberapa AJK Pas Pusat untuk mengadakan sidang akhbar menolak Dato Mustafa sekiranya calon tidak ditukar kepada Dato Husam.
(f) Esoknya, berita penolakan pencalonan Dato Mustafa oleh sdra Nazir telah keluar di dalam Sinar Harian
(g) Mac 2013, Mesy Khas Kawasan telah diadakan untuk membincangkan masalah calon dan tindakan Ust Nazir yang telah membuat sidang akhbar yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat kawasan dan membelakangkan kawasan dalam tindakan sidang media. Mesy tersebut telah memutuskan tindakan Sdra Nazir adalah bertentangan dengan keputusan kawasan dan hasil daripada tindakan beliau, bbrp orang AJK kanan kawasan dan sbhgn besar Jentera kanan JPRK telah mengumumkan untuk meletak jawatan sekiranya Sdra Nazir masih menjadi YDP.
(h) Mesyuarat memutuskan untuk diadakan mesyuarat khas kedua untuk membincangkan mengenai status terkini AJK Kawasan dan Jentera PRK kawasan dan tarikh mesyuarat tersebut telah diberikan oleh Sdra Nazir sendiri.
(i) Mesyuarat khas kedua dengan sokongan lebih 80% AJK memutuskan untuk merehatkan Ust Nazir sehingga tarikh yang diputuskan semula oleh AJK Kawasan demi untuk kelancaran gerakerja PRU13.
Keputusn ini dibuat berasaskan peruntukan fasal 28 (8), “dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) diatas, maka Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan adalah berkuasa memberhentikan atau menahan seseorang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan daripada menjalankan kerja-kerjanya pada/atau dalam masa yang ditentukan. Akan tetapi tidaklah boleh diberhentikan seseorang Ahli Jawatankuasa Kerja itu melainkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.
Oleh yang demikian ingin saya nyatakan tindakan diambil secara kolektif oleh PAS Kawasan Putrajaya bagi menangani sikap Ustaz Nazir yang melanggar arahan jemaah. Ia juga diambil selepas melihat kepada kesan tindakan beliau keatas PAS yang menghampiri PRU 13.
Tiada sebarang rampasan kuasa dan pelanggaran peraturan yang berlaku. MAT kali kedua telah pun selesai dan Saudara Kamaruzaman telah dilantik sebagai YDP yang baru. Saya mewakili PAS Putrajaya berharap pencerahan ini dapat menjawab sebarang persoalan dihati para ahli PAS berkenaan apa yang sebenarnya berlaku.

Sekian Terima Kasih.
Fathullah Uzir Abdullah
Ketua Penerangan PAS Kawasan Putrajaya

wokeh dah clear sket..pada yg masih tak dapat tangkap isu ni,takpa,HP akan letak gambaq beserta kronologi isu ni..

gambaq satu..ni gambaq ketiga tiga calon ketua pemuda pas pusat..yang kopiah putih tu la kz..

gambaq dua..gambaq masa isytihar kz jadi ydp pas putrajaya

gambaq tiga..gambaq dari selatanonline.net yang mengesahkan kemenangan kz

gambaq empat..gambaq yang tunjukkan ust nazir and the geng pi ziarah mayat chin peng kat bangkok..kat printscreen tu pun boleh baca luahan hati ust nazir

gambaq lima..gambaq statement ust nazir..

gambaq enam..yang ni dari selatanonline.net yang mengesahkan kemenangan kz adalah sahih di sisi perlembagaan..

gambaq tujuh,dari fb page ustaz nasrudin tantawi yang turut follow isu kz ni..

jadi isu ni harap harap kelia la noh..

No comments:

Post a Comment