Saturday 16 November 2013

Berani Karpal bohong PAS..tak guna betul

Minggu lepas..kami warga PAS dikejutkan dengan kenyataan Karpal Singh yang mahu pendaftaran PAS dibatalkan.
Ramai yang ingat depa salah dengaq,takpun media salah lapor..tapi,sekarang dah terbukti Karpal pembohong..berani Karpal bohong kat PAS..nampak sangat Karpal ni tak pernah hormat kat PAS..Karpal langsung tak hargai PAS..
dibawah ini ialah kenyataan media yang dikeluarkan semalam..
Karpal memang kurang ajar kali ni.
HP dengan ini mendesak pucuk pimpinan dan perwakilan yg bakal bermuktamar untuk mengutuk kenyataan biadab karpal singh ni..
hangpa baca sendiri kenyataan media ni


KENYATAAN MEDIA DPPM
15 NOVEMBER 2013

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil perhatian yang amat berat ke atas laporan media mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dalam sidang media beliau di Pulau Pinang pada 5 November lalu yang meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum, termasuk PAS, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Jika benar kenyataan ini dibuat oleh Karpal Singh maka implikasinya adalah amat besar sekali kepada kelangsungan dan kesucian perjuangan PAS sebagai sebuah parti politik Islam malahan kepada kesucian agama Islam yang menjadi agama rasmi negara kita Malaysia sendiri, apatah lagi kerana Karpal Singh adalah Pengerusi parti rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat pula.

Atas sebab itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan media Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pada 6 November lalu yang (1) menyatakan bantahan keras dan kesangatkesalan PAS dengan kenyataan tersebut dan (2) menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung dengannya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyokong penuh kenyataan media Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, pada 7 November lalu yang (1) meminta Karpal Singh memohon maaf kepada PAS jika laporan media mengenai kenyataan beliau adalah betul dan (2) meminta Karpal Singh mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika laporan media adalah tidak betul.

Dewan Pemuda PAS Malaysia berlapang dada dengan kenyataan media Karpal Singh pada 8 November lalu yang mengakui “benar, saya telah menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum yang malang sekali termasuklah PAS sepatutnya membuka pintu kepada kaum lain” tetapi “saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya”.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menerima baik kenyataan media Karpal Singh itu yang menyebut “tuntutan memohon maaf oleh pemimpin-pemimpin PAS tidak akan dipenuhi”, walaupun menyedari kenyataan media Karpal Singh itu adalah agak keras dengan:

(1) Menyelar kembali “sesetengah orang kuat PAS” kerana “turut terjun ke dalam kancah yang buruk ini melalui kritikan mereka terhadap saya tentang dakwaan seruan saya ke atas PAS itu”.

(2) Menggambarkan bahawa pihak yang mengkritik beliau “mempamerkan ketidakmatangan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa memastikan kebenaran fakta atau memastikan saya telah benar-benar membuat dakwaan itu terhadap PAS”.

(3) Menggambarkan bahawa PAS seolah-olah kurang ikhlas tatkala menyebut tentang “PAS seharusnya sudah boleh menunjukkan keikhlasannya dengan menjadikan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai ahli penuh parti”.

Di atas dasar kebertanggungjawaban kepada kelangsungan dan kesucian perjuangan PAS dan kepada kesucian agama Islam, apalagi apabila Karpal Singh sendiri gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap media, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menyahut seruan Karpal Singh supaya sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan kebenaran fakta hendaklah dipastikan dahulu.Untuk itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengambil daya usaha untuk mendapatkan sendiri rakaman penuh sidang media Karpal Singh di Pulau Pinang pada 5 November lalu daripada pihak yang menghadiri sendiri sidang media itu, dan setelah mendengar dan meneliti rakaman penuh sidang media selama 24 minit 47 saat itu maka Dewan Pemuda PAS Malaysia mendapati:

(1) Segala kritikan para pemimpin PAS ke atas Karpal Singh berhubung dengan kenyataan media beliau pada 5 November lalu adalah sangat berasas dan sederhana. Kenyataan media Karpal Singh pada 8 November bahawa “saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya” lalu pula adalah satu pembohongan. Ini adalah kerana:
(i) Pada minit ke 6:07 jelas Karpal Singh didengari menyebut “operating along religious, racial lines, is a very dangerous thing in a multi-racial and multi-religious society like ours. I think the time has come perhaps for all racial parties to be deregistered, that will include unfortunately even PAS”.
(ii) Pada minit ke 8:40, ketika menjawab pertanyaan media berbunyi “You said earlier that any association formed with the religious line is dangerous for the county, how about PAS?” jelas Karpal Singh didengari menyebut “That was what I said, unfortunately includes PAS”.
(iii) Pada minit ke 14:02, ketika menjawab pertanyaan media berbunyi “How to ban all religious and racial political parties, will it go against the freedom of association?” jelas Karpal Singh didengari menyebut “Freedom of association does not mean that you can have associations which are divisive, I think there must be some limit to what freedom of association can constitute”.

(2) Kritikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas Karpal Singh bahawa “kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat” juga adalah sangat berasas dan sederhana. Ini adalah kerana:
(i) Pada minit ke 9:10, ketika menjawab pertanyaan media berbunyi “But PAS will not be happy with your statement, they are part of your Pakatan Rakyat, right?” jelas Karpal Singh didengari menyebut “They may be part of the Pakatan Rakyat but that does not mean we cannot say things which are in the interest of the country”.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia pada hari ini mendesak supaya:

(1) Karpal Singh menuntut maaf dari PAS kerana menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya.

(2) Karpal Singh menuntut maaf dari PAS kerana membohongi PAS dengan tidak mengakui ada menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya.

(3) Karpal Singh menuntut maaf dari PAS kerana menyifatkan tindakan para pemimpin PAS mengkritik beliau sebagai perbuatan buruk dan tidak matang.

(4) Kepimpinan DAP mengambil tindakan berhubung dengan perkara ini kerana tindakan Karpal Singh ini jelas satu pencabulan ke atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat.Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini ingin menegaskan komitmennya untuk mempertahankan kelangsungan dan kesucian perjuangan PAS sebagai sebuah parti politik Islam malahan kepada kesucian agama Islam yang menjadi agama rasmi negara kita Malaysia sendiri. Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengambil tindakan susulan seterusnya sekiranya desakan ini gagal dipenuhi.

DR RAJA AHMAD AL HISS
NAIB KETUA

No comments:

Post a Comment