Sunday 17 November 2013

Wacana calon KP PAS 13hb.untuk panduan perwakilan

Pada 13hb jam 9malam,berlangsung wacana calon ketua pemuda PAS yang berlangsung di Mergong..program yang dianjurkan bersama oleh Dewan Pemuda PAS kuala kedah ni boleh la disifatkan mencipta sejarah..
berikut adalah sikit isi penting program malam tu..perwakilan yang nak ngundi bolehla bace..bolehla nak buat panduan sikit sikit..

suhaizan kayat membentangkan 5 perkara..perkara yg pertama tu tak sempat nak rekod..jadi terus ke perkara kedua..beliau mahu pemuda PAS lebih mesra,lebih mudah didekati bukan sahaja oleh ahli PAS,tapi juga oleh bukan ahli PAS..
perkara ketiga,beliau mahu pemuda PAS menjadi check and balance kpd parti..ini disebabkan kebimbangan beliau diatas kekalahan PAS kedah kepada BN..
perkara keempat,beliau mahu PAS memaksimumkan penggunaan tenaga profesional dikalangan pemuda PAS,ini kerana ada pemuda yg contohnya  mahir dalam ekonomi,tapi tak diberi peluang untuk tonjolkan potensi..
perkara kelima,beliau melahirkan rasa tidak puas hati sebab ada pihak pihak tertentu yg sengaja melaga lagakan pemuda PAS..ada yang gelarkan pemuda PAS golongan erdogan,liberal,syiah..yang mana label label ni mengakibatkan pemuda PAS berpecah..jadi,beliau mahu kuatkan dan satukan pemuda PAS diperingkat akar umbi..
wokeh..itu 5perkara yang dibentangkan oleh Suhaizan..

jom tengok ape pulak offer zul hazmi..

Zul hazmi memulakan intro tentang pentingnya memberi jawatan kpd orang yang layak..beliau juga menggariskan 5 perkara..
yang pertama iaitu menjadikan Pemuda PAS lebih terbuka,lebih berani..beliau mendakwa perkara pertama tu dah berjaya dilaksanakan bila program wacana ni dibuat.beliau sempat berseloroh,jika beliau kalah pun takpa,sebab satu agenda beliau dah terlaksana.
perkara kedua,zul hazmi nak pemuda menjadi pemimpin..bukan takat pengikut..pemuda yg create isu,bukan takat pak turut..die bagi contoh masa PRK Sg Limau,Ngo bela tani yang mulakan kempen bela tani,pemuda pas kedah takat pengikut ja..
perkara ketiga,zul hazmi mahukan pemuda jadi penghubung dlm parti PAS..dia minta ulama yang tarbiyah pemuda supaya ada kesan..
perkara keempat..zul hazmi mahukan pemuda jadi penimbang tara..supaya dewan pemuda menjadi penggerak dlm PAS..kemudian dia mahu pemuda menjadi penggerak..pencetus..pemimpin..bukan takat pengikut..
itu offer zul hazmi..terpulang pada tuan tuan untuk pilih ketua pemuda tuan tuan..

jangan pilih ketua anda kerana emosi..pilihlah yang terbaik

Banteras Caiii..
Koyak caiii yang anda dapat..

kempen secara sihat..
suburkan demokrasi..

No comments:

Post a Comment