Sunday 15 June 2014

BERITA BAIK!gaji min RM1100 bila PR jadi kerajaan @anwaribrahim @nikabdulaziz

SHAH ALAM -  Pakatan Rakyat sedia meluluskan permohonan pelaksanaan gaji minimum RM1,100 jika PR diberi peluang untuk memerintah pentadbiran kerajaan di negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, cadangan DAP yang menggesa kerajaan untuk meluluskan perlaksanaan gaji minimum sehingga RM1,100 dianggap relevan atas dasar kekangan kos sara hidup dan keperluan yang semakin menghimpit rakyat.

"Berdasarkan kira-kira yang dilakukan oleh Bank Negara, pihak Bank Negara telah meluluskan peruntukan bagi gaji minimum  sehingga RM1,200 bagi setiap individu yang bekerja di negara ini.

"Kerajaan mempunyai belanjawan sehingga RM220 bilion setahun, jadi tidak salah sekiranya kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion untuk gaji minimum RM1,100 kepada pekerja di negara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) turut menyifatkan tindakan kerajaan yang hanya berdiam diri dan menyerahkan kesemua aspek perlaksanaan gaji minimum ke atas majikan dan syarikat sebagai satu langkah yang tidak bertanggungjawab.

"Kerajaan jangan bersikap lepas tangan, harus bela nasib rakyat dan bantu ringankan beban rakyat, bukan hanya tahu kutip cukai sahaja," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu beliau menyokong penuh cadangan perlaksanaan gaji minimum RM1,100 dan bersetuju untuk mendesak kerajaan bagi meluluskan perlaksanaan tersebut secepat mungkin.

SH

Thursday 12 June 2014

PANASS!! Mahfuz akui,Hasan Malek ajak jumpa ! @nikabdulaziz @anwaribrahim

Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan kewujudan unsur salah guna dalam skandal pemberian pinjaman RM32 juta tanpa faedah Bank Rakyat kepada ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan.

Mahfuz berkata, campur tangan menteri yang mengarahkan lembaga pengarah Bank Rakyat untuk membuat keputusan mengenai pinjaman itu masih dianggap sebagai satu kesalahan.

Katanya, lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Sabbaruddin Chik semasa keputusan pertama sudah menolak cadangan pinjaman itu tetapi menerimanya pada kali kedua atas persetujuan secara 'rela-paksa' selepas diarahkan menteri.

"Menteri beri ugutan kalau tidak setuju akan dipecat.

"Ini ugutan yang diperakui Sabbaruddin. Jadi kalau SPRM kata tiada unsur rasuah, ya mungkin daripada aspek beri atau terima benda tetapi salah guna kuasa juga dikira berunsur rasuah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Katanya, kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan Sabbaruddin membuat penafian itu tidak benar.

Katanya, Sabbaruddin hanya menafikan laporan berita yang mengaitkan pinjaman itu dengan keluarga perdana menteri tetapi tidak pernah menafikan penglibatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dalam skandal ini.

Beliau turut mendedahkan hasrat Hasan untuk berjumpa dengannya secara peribadi bagi menjelaskan situasi sebenar.

Melalui nota kecil yang diletakkan di meja Mahfuz dalam Dewan Rakyat, Hasan berkata "YB Poko Sena, bila boleh kita jumpa berbincang isu Bank Rakyat?" serta dengan tandatangan dan nombor telefon bimbit peribadi.

Mahfuz berkata, nota itu dipercayai diletakkan pada petang semalam ketika beliau tiada dalam Dewan dan sedia berjumpa dengan Hasan pada bila-bila masa saja.

"Tetapi persoalannya dia tidak perlu beri penjelasan kepada saya tetapi kena jelaskan dalam Dewan dan rakyat demi memastikan penjelasan kukuh dijawab di Parlimen.

"Dia bukan bertanggungjawab kepada saya tetapi kepada Parlimen," katanya.

Ahmad pada sesi penggulungan Dewan Rakyat semalam menafikan Bank Rakyat memberi pinjaman kepada mana-mana individu tanpa mengira kadar keuntungan.

Beliau berkata, pihak yang menimbulkan dakwaan itu mungkin terkeliru dengan penstrukturan pembayaran semula pokok atau baki pinjaman.

Katanya, pihaknya juga dimaklumkam Sabbaruddin sudah mengakui kenyataannya mengenai isu itu diputarbelitkan oleh media alternatif.

Ahmad berkata, penstrukturan pembayaran semula yang diklasifikasi sebagai “non performing loan” merupakan amalan biasa bank bagi memastikan sebarang pinjaman perlu mendapat pulangan yang baik berdasarkan keadaan semasa.

Mengenai 120 keping cek “post-dated”, beliau berkata perkara itu sekadar cara bayaran dan tidak menyalahi undang-undang. – 12 Jun, 2014.

Monday 9 June 2014

@jasonlo1 nak buang perkataan Islam dari ic! Mana demo?Report polis? @Khairykj @nikabdulaziz

Kecoh dua hari ni di laman twitter apabila artis yang merangkap ahli perniagaan,iaitu Jason Lo membuat cadangan di twitter supaya perkataan Islam di IC,dibuang..

Posting beliau mendapat reaksi luar biasa dari belia belia yang jelas marah. Iyalah,siapa Jason Lo yang poyo sangat bagi cadangan merepek camtu..tau lah ahli korporat pun..tapi takyah la besar kepala sangat.

Yang peliknya ialah apabila pemuda umno menyepi seribu bahasa..terus bisu..takde pulak demo demo..takde pulak report polis ke..paling kurang pun,mesti NGO PERKASA akan sound Jason LO neh..tapi aneh..apa pun takda..

Oppss..lupa..kan big boss KJ punya best friend..mana pemuda umno berani bising..giler korang..tak pasal pasal jawatan kene cantas nanti..keh keh keh..

Tapi..cuba korang bayangkan kalau pemimpin dari Pihak Pakatan Rakyat yang cadangkan?mau berderet deret demo..beratus ratus report polis dari UMNO,NGO NGO..Perkasa la..perkasam la..jati la..jata la..geram la..garam la..
Keh keh keh...

Nampak tak munafiknya geng UMNO ni..
Keh keh keh ..

Kita tunggu je la ade ke tak geng UMNO atau NGO yang berani tegur Jason Lo .

PANAS !! Pengguna Twitter hina Agong Didakwa ! @nikabdulaziz @nikabduh

Berita panas ni dipetik dari Bernama . HP menyokong pendakwaan ni sebab YdPA tak patut dihina...kalau ada yang tak puas hati pun..kita sebagai rakyat jelata tak patut merendah rendah kan martabat YdPA kita sendiri...kalau kita sebagai rakyat tak hormat Raja dan Sultan Melayu....takkan lah kita nak harapkan rakyat negara lain yang nak hormat pada Raja dan Sultan kita...
jom baca berita kat bawah ni.

Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.

Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point. Agong is just a puppet. Down with monarchy. A waste of rakyats money” dan “Soalan serius. Rakyat bayar elaun dan istana agong. Technically speaking he works for us. So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.

Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hashimah bte Hashim dan Noor Zalizan bte Lazarous di hadapan Tuan Hakim Zulqarnain bin Hj Hassan. Tertuduh yang hadir pada prosiding tersebut diwakili oleh peguam bela, Syahredza Johan.

PENGGUNA TWITTER HINA AGONG DIDAKWA ! @nikabdulaziz @nikabduh

Berita panas ni dipetik dari Bernama . HP menyokong pendakwaan ni sebab YdPA tak patut dihina...kalau ada yang tak puas hati pun..kita sebagai rakyat jelata tak patut merendah rendah kan martabat YdPA kita sendiri...kalau kita sebagai rakyat tak hormat Raja dan Sultan Melayu....takkan lah kita nak harapkan rakyat negara lain yang nak hormat pada Raja dan Sultan kita...
jom baca berita kat bawah ni.

Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.

Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point. Agong is just a puppet. Down with monarchy. A waste of rakyats money” dan “Soalan serius. Rakyat bayar elaun dan istana agong. Technically speaking he works for us. So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.

Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hashimah bte Hashim dan Noor Zalizan bte Lazarous di hadapan Tuan Hakim Zulqarnain bin Hj Hassan. Tertuduh yang hadir pada prosiding tersebut diwakili oleh peguam bela, Syahredza Johan.

UPDATE #DialogBelanjawan Negeri Selangor 2015 sangat meyakinkan ! @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim

Sebentar tadi telah berlangsung Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2015 ..

Menurut laman tweeter YAB MB TS Khalid.. beberapa perkara menjadi keutamaan Kerajaan Negeri..

Iaitu..
Pembangunan Malaysia bergantung kpd Selangor. Jika pembangunan di Selangor perlahan, ianya akan memberi kesan pd ekonomi negara.
Beliau juga menegaskan bahawa perancangan pembangunan negeri Selangor tidak akan berjaya sekiranya pendapatan per kapita penduduk tidak dinaikkan.

Kemudian, bagi mengurangkan kesenjangan pendapatan, kerajaan Selangor mensasarkan lebih 50% keluarga di Selangor berpendapatan kelas pertengahan.
Hurm..menarik tu..

Kerajaan Selangor juga amat titik beratkan keperluan asas untuk rakyat apabila mereka bersetuju bahawa perancangan infrastruktur & keperluan lain perlu selari dengan perancangan bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Selain itu, kerajaan Selangor telah kenal pasti industri kuari yg tidak memberi pendapatan yg banyak & mendatangkan beban yg tinggi kepada negeri.

Untuk memantapkan lagi ekonomi, Kerajaan Selangor akan buat kira-kira yang baharu supaya pendapatan setimpal dengan beban yang ditanggung oleh kerajaan negeri.

Dialog belanjawan kali ini menarik perhatian apabila Kerajaan akan tingkatkan sektor pertanian daripada 2% kepada 7%. Tanah2 terbiar di bandar akan dibangunkan untuk pertanian.

Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2015 akan fokus pada 3 bidang :-

1)Meningkatkan hasil
2)Penggunaan  dgn betul
3)Perkenal perancangan baru - Selangor sebagai negeri perbandaran

Pastinya Rakyat Selangor akan berpuas hati apabila belanjawan ini akan direalitikan nanti..pastinya kerajaan Selangor akan lebih makmur dan semakin maju dibawah pemerintahan PR .
In syaa Allah .

Friday 6 June 2014

Tiga Menteri Cap Ayam akan dibuang dari Kabinet ! Cayalah ! @cmlimguaneng @nikabdulaziz @anwaribrahim

Dah berlegar di ruang maya mengenai maklumat sulit dari dalam Jabatan Perdana Menteri mengenai tiga orang menteri kabinet yang bakal ditendang keluar oleh Najib...

ketiga tiga ekor keldai ni memang diketahui banyak buat keputusan yang dah rugi kan rakyat....

Malah ketiga tiga mereka ini juga terpalit dengan isu isu skandal yang masih gagal dijawab sampai sekarang.....

Hasan Malek...sapa yang tak kenal dengan menteri ayam yang satu ni....dulu masa krisis harga ayam...dia gagal teruk nak kawal harga....malah dia juga gagal tangani situasi ni dengan baik...akhirnya...dia salah kan pengguna......keluar la statement murahan....kalau rasa mahal...jangan beli ayam....akhirnya...sampai ke hari ni..harga ayam masih melambung tinggi di pasaran.....
yang terbaru..hasan malek ni terpalit dengan isu pinjaman tanpa faedah bernilai puluhan juta ringgit....sampai sekarang dia tak berani nak ulas isu ni...walaupun didesak oleh Lim Guan Eng sendiri...

yang kedua dalam senarai dipecat ialah Tengku Adnan Tengku Mansor....MP Putrajaya....
hurm.....korang kenal ke dia ni....rasa rasanya apa la jasa dia sepanjang dia duduk dalam kabinet ek....
rasenye takde kot....buat isu lagi ade la..

yang ketiga ...paling menarik ialah Jamil Khir.......orang jerai yang tak disukai oleh orang orang umno jerai sendiri...dah la umno bahagian pun penuh krisis dan drama...haih........
Jamil khir pun sepanjang jadi menteri ...tak pernah bagi apa apa jasa pada rakyat negeri kedah pun.....
dia jugak gagal jawab isu tuduhan wang zakat...
dan yang terbaru kegagalan dia jawab isu cadbury yang kejap halal...kejap haram.....

jadi bila tiga tiga keldai ni terpilih untuk dibuang...sepatutnya buang la cepat cepat sikit.....lagi lama diorang ni jadi menteri ....lagi banyak duit rakyat yang dibazir...
itu yang tau....yang tak tau...yang kot kot ade masuk poket ke......lagi banyak kot....


harap harap berita ni jadi kenyataan la..
kalau boleh tukar terus sekali sekali dengan kerajaan...
ada berani ka najib ?

Wednesday 4 June 2014

Dyana Kalah takda kena ngena pun dengan Hudud . Baca ni @nikabdulaziz @GobindSinghDeo

Kecoh sehari ni bila ada isu yang kaitkan Dyana kalah dengan isu Hudud yang dibawa oleh kerajaan
PAS Kelantan...
entah apa kene ngene pun tak tau la..
kalau betul isu hudud boleh buat Dyana kalah....kenapa kat PRK Bukit Gelugor PR boleh menang..?
kalau ye pun tak suke kat calon melayu yang jadi calon DAP pun...takyah la dok hentam bukan bukan sangat...
Dyana dah buat sehabis baik....dia kena hentam jauh lebih teruk dari calon Bukit Gelugor....even Teluk Intan memang fight habis....setakat pukul 7 pm...Dyana masih mendahului...cuma peti undi last last tu yang menang kan BN..

berkaitan isu ni..ni respon dari PAS...
baca ni..korang nilaikan lah sendiri....

KOTA BHARU - Pas Kelantan berkata kekalahan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu tiada kaitan dengan isu pelaksanaan undang-undang hudud yang diperjuangkan parti itu.
  
Menurut Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekiranya isu pelaksanaan hukum hudud menjadi faktor utama kekalahan pada PRK Teluk Intan, sudah tentu ia turut menjejaskan PRK Bukit Gelugor.
  
"Tetapi PRK Bukit Gelugor DAP menang dan tidak terjejas. Jadi ini tidak bersangkut paut dengan hukum hudud yang kita nak laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan, di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, hari ini.
  
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata bantahan pengundi Cina terhadap tindakan DAP meletakkan calon Melayu menjadi antara punca kekalahan DAP di Teluk Intan.
  
"Pengundi Cina tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan DAP. Masyarakat Cina nak calon Cina jugak. Mereka letak calon Melayu yang bukan tempat asal dia. Saya melihat dari sudut itulah dan saya ingin menasihatkan DAP supaya jangan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain," katanya.
  
Mohd Amar mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong daripada DAP, Gobind Singh Deo yang menyifatkan isu pelaksanaan undang-undang hudud oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat, Pas, sebagai faktor Dyana Sofya tewas dalam PRK itu baru-baru ini.
  
Dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong mengalahkan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi. Mah memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya 19,919 undi. - Bernama

Tuesday 3 June 2014

Ini Sudah LEMAK !Minyak naik harga lagi lepas GST ??

Ini ada berita mengejutkan yang pasti akan disembunyikan oleh kerajaan BN..Harga minyak akan naik bila GST diperkenalkan !!
Memang tensyen bila semua barang pun naik harga..
Kerajaan jamin harga akan turun..tapi sepanjang PRU 13 sampai sekarang..banyak janji kerajaan telah dimungkiri..
Kerajaan jenis apa ni yang kerja nak seksa rakyat ja..

Rafizi Ramli sendiri akui kemungkinan harga minyak akan naik..

" Semakan ke atas Senarai Pembekalan Berkadar Sifar dan Senarai Pembekalan Dikecualikan seperti yang diisytiharkan oleh Jabatan Kastam dan Eksais menunjukkan petrol dan diesel tidak termasuk di dalam senarai pembekalan (iaitu barang atau perkhidmatan) yang berkadar sifar atau dikecualikan....Ini bermakna petrol dan diesel akan dikenakan GST seperti barang dan perkhidmatan yang lain . "

Fuhhh...Rafizi pun cakap..untuk elak rakyat marah..kemungkinan najib akan game kan rakyat..dengan cara kekalkan harga minyak..tapi isipadu dikurangkan..
Contoh la..sekarang ni korang beli minyak RM2.10 seliter..
Tapi..
Lepas di gamekan oleh Najib.. maka jadi la RM2.10 untuk 0.94 liter...

Fuhhh..
Dahla nak raya ni semua barang naik harga..minyak masak..gas masak..tepung..ayam..
Dah naik jenis tak reti turun pulak tu..
Pening pening..

Rakyat makin terseksa..Pemerintah bertambah kaya..

Monday 2 June 2014

Akhirnya Lagenda Chelsea ... Frank Lampard blahhh dari Chelsea....wakakakakkaa



Frank Lampard hari ni umumkan yang dia dah tak berminat dan dah malas nak sambung kontrak dengan Chelsea lagi..kontrak dia tamat akhir jun ni. hahahahahhahaha..

untuk info..Lampard adalah penjaring terbanyak chelsea ...Sepanjang 13 tahun dia dengan Chelsea...dia main 649 game dan score 211 gol.

 Lampard dibeli dari west ham pada 2001 dengan harga 11 juta pound sterling .

 ini adalah statement rasmi Lampard khas buat peminat Chelsea "

"Whatever the next challenge is for me I will always be amongst you and have Chelsea in my heart," Lampard told the club's fans in a statement.
 "Hopefully I will get to see you all soon to say goodbye properly. In the meantime thank you for the memories and keep making history."

 Lampard kini di kaitkan dengan kelab New York City dari liga MLS ...

 Lampard juga berterima kasih pada pemilik chelsea...ROman abramovich...
 "When I arrived at this fantastic club 13 years ago I would never have believed that I would be fortunate enough to play so many games and enjoy sharing in so much success," he said.
 "This club has become part of my life and I have so many people to thank for the opportunity. Firstly (former chairman) Ken Bates, who put his neck on the line to sign me as a young player and without him I would not have even begun this experience.
 "Roman Abramovich, the man who saved our club and took us all to new levels. His desire to push the club to the top of the football world has rubbed off on everyone,"

apa apa pun...ini mungkin adalah petanda kejatuhan Chelsea...keh keh keh........
 LAmpard buat pilihan yang bijak bila tinggalkan Chelsea....
ye la..dok chelsea lama lama pun buat ape..ye tak....
keh keh keh

Tu dia...tak rugi makan ikan keli...boleh dapat emassss

Hari ni ada satu berita gembira buat peminat ikan keli...kalau ada isteri atau ibu yang geli waktu nak siang ikan keli...sila baca ni...jangan marah pada anak anak atau suami yang gemar makan ikan keli sebab makan ikan keli ni banyak kebaikannya.. hehehehe... cuba baca ni.. KANGAR - Makan ikan keli dan kurangkan makanan berminyak menjadi salah satu tips kekal laju buat 'Raja Pecut' Sukma XVII Perlis 2014 Harith Ammar Mohd. Sobri. Harith yang memenangi pingat emas dalam sukan olahraga acara 100 meter lelaki pada Jumaat lalu memberitahu ikan keli mempunyai banyak khasiat dan bagus untuknya seorang atlet sepertinya untuk kekal cergas. Tambah Harith, 20 tahun dari Terengganu, faktor pemakanan adalah antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian serius kerana jika tersilap langkah akan menyebabkan seseorang atlet sukar mendapatkan berat badan ideal. "Ikan keli adalah antara makanan kegemaran saya dan dalam masa sama saya juga perlu kawal pemakanan dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak menjejaskan prestasi semasa saya. "Selain menjaga makan saya juga sentiasa mengharapkan doa kedua ibu bapa saya untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan olahraga," kata Harith Ammar. Pada Sukma kali ini Harith berjaya menyumbang dua pingat emas yang satunya hadir dalam acara 4x100m lelaki. Sementara itu, Harith turut meletakkan sasaran peribadi untuk bergelar Raja Pecut Sukan SEA dalam masa dua tahun lagi. "Bagi mencapai sasaran tersebut saya akan bekerja lebih keras semasa latihan selain perlu selalu berdoa. "Malah dalam masa sama juga saya ada menanam impian untuk memperbaharui rekod kebangsaan yang ketika ini menjadi milik bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek," kata Harith. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140603/su_11/Ikan-keli-rahsia-kejayaan-Raja-Pecut#ixzz33Y4sZHTV © Utusan Melayu (M) Bhd