Monday 9 June 2014

PENGGUNA TWITTER HINA AGONG DIDAKWA ! @nikabdulaziz @nikabduh

Berita panas ni dipetik dari Bernama . HP menyokong pendakwaan ni sebab YdPA tak patut dihina...kalau ada yang tak puas hati pun..kita sebagai rakyat jelata tak patut merendah rendah kan martabat YdPA kita sendiri...kalau kita sebagai rakyat tak hormat Raja dan Sultan Melayu....takkan lah kita nak harapkan rakyat negara lain yang nak hormat pada Raja dan Sultan kita...
jom baca berita kat bawah ni.

Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.

Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point. Agong is just a puppet. Down with monarchy. A waste of rakyats money” dan “Soalan serius. Rakyat bayar elaun dan istana agong. Technically speaking he works for us. So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.

Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hashimah bte Hashim dan Noor Zalizan bte Lazarous di hadapan Tuan Hakim Zulqarnain bin Hj Hassan. Tertuduh yang hadir pada prosiding tersebut diwakili oleh peguam bela, Syahredza Johan.

No comments:

Post a Comment