Monday 9 June 2014

UPDATE #DialogBelanjawan Negeri Selangor 2015 sangat meyakinkan ! @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim

Sebentar tadi telah berlangsung Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2015 ..

Menurut laman tweeter YAB MB TS Khalid.. beberapa perkara menjadi keutamaan Kerajaan Negeri..

Iaitu..
Pembangunan Malaysia bergantung kpd Selangor. Jika pembangunan di Selangor perlahan, ianya akan memberi kesan pd ekonomi negara.
Beliau juga menegaskan bahawa perancangan pembangunan negeri Selangor tidak akan berjaya sekiranya pendapatan per kapita penduduk tidak dinaikkan.

Kemudian, bagi mengurangkan kesenjangan pendapatan, kerajaan Selangor mensasarkan lebih 50% keluarga di Selangor berpendapatan kelas pertengahan.
Hurm..menarik tu..

Kerajaan Selangor juga amat titik beratkan keperluan asas untuk rakyat apabila mereka bersetuju bahawa perancangan infrastruktur & keperluan lain perlu selari dengan perancangan bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Selain itu, kerajaan Selangor telah kenal pasti industri kuari yg tidak memberi pendapatan yg banyak & mendatangkan beban yg tinggi kepada negeri.

Untuk memantapkan lagi ekonomi, Kerajaan Selangor akan buat kira-kira yang baharu supaya pendapatan setimpal dengan beban yang ditanggung oleh kerajaan negeri.

Dialog belanjawan kali ini menarik perhatian apabila Kerajaan akan tingkatkan sektor pertanian daripada 2% kepada 7%. Tanah2 terbiar di bandar akan dibangunkan untuk pertanian.

Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2015 akan fokus pada 3 bidang :-

1)Meningkatkan hasil
2)Penggunaan  dgn betul
3)Perkenal perancangan baru - Selangor sebagai negeri perbandaran

Pastinya Rakyat Selangor akan berpuas hati apabila belanjawan ini akan direalitikan nanti..pastinya kerajaan Selangor akan lebih makmur dan semakin maju dibawah pemerintahan PR .
In syaa Allah .

No comments:

Post a Comment