Thursday 26 December 2013

SATU LAGI TUDUHAN MUNAFIK UMNO PADA MAT SABU!! BACA NI!!

UMNO CUBA MENIPU LAGI..

Dah lama HP tak update..standard la..menulis bila perlu ja..kah kah..

Wokeh..kali ni HP nak tulis pasai kisah UMNO dgn Mat Sabu yang tak setel setel..
Umum tahu,sejak wujudnya PAS,UMNO cukup jaki..selalu sangat asyik cari salah PAS..awat pun tak tau la..
Paling teruk sekali kena ..Mat Sabu la..masa Mat Sabu nak bertanding kat Parlimen Pendang..berlungguk fitnah dilempar ke atas Mat Sabu..antara yg kerap jadi isu..hal Syiah..
Malah isu ni paling jadi tambah panas bila Menteri UMNO,zahid terang terang sebut yg orang nombor dua PAS adalah Syiah..walaupun dia tak sebut nama..tapi sebagai timbalan presiden pas..semestinya orang ke dua tersebut ialah Mat Sabu..
Mat Sabu banyak kali memberitahu bahawa beliau adalah pengikut ASWJ..malah sidang media pun dibuat berulang kali..
Tapi nampaknya UMNO masih tak puas hati..

Paling terkini apabila Video dari Darulaman Video yang disebar oleh Blogger upahan UMNO,Team Media Kedah yang telah melemparkan fitnah syiah serta menggunakan ustaz untuk hentam mat sabu.
Ustaz ni habaq..dia ada bukti sekonkrit menara eiffel paris..yang sedahsyat hentaman ombak tsunami untuk sabitkan Mat Sabu dengan Syiah..
APa ni??Umno gagal cari bukti..lepas tu pi korek rahsia kat ustaz pulak?
Kalau betul ustaz tu tau Mat Sabu syiah..kenapa dari awal dia taknak bersuara..amboi..takkan ustaz pun nak tunggu timing kot..

Apa apa pun..dengan tuduhan terbaru ni..diharap tuan timbalan presiden jangan goyang..jangan gentar..yakinla..ahli PAS 100% dibelakang tuan timbalan presiden..
Mat Sabu malang sebab beliau pemimpin PAS..jika beliau pemimpin UMNO..pasti beliau disanjung..ayuh..namakan siapakah pemimpin UMNO yang mempunyai kekuatan politik seperti Mat Sabu?

Benarkah dakwaan bahawa konspirasi jatuhkan Mat Sabu ni adalah konspirasi terancang UMNO untuk hapuskan PAS?

UMNO tahu yang PAS adalah pencabar utama pada PRU14..sokongan rakyat pada PAS makin kuat..makin kukuh..tu yang UMNO goyang..bayangkan kalau dalam PAS ada 100orang seperti tuan Mohd Sabu?

baiklah..untuk redakan ketegangan..anda boleh klik link bawah ni untuk tengok video ustaz tu ngata Mat Sabu..pastu hangpa nilai la sendiri..
PAda HP,interview ni menjengkelkan..

Video 1:
Ustaz Ashiq Elahi, Pengasas Pondok Bukit Kobah, Pendang dan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuwan Sunni(GIPTIS) mempersoalkan PAS serta penyokong PAS yang tidak memberi respon terhadap 8 bukti dari 10 bukti yang dikemukakan KDN..

Cuba klik..kalau takleh klik,copy paste dan search link ni :

http://www.youtube.com/watch?v=q5j45MvLU50

Video siri ke dua -
Ustaz Ashiq Elahi mendedahkan pemimpin PAS terutamanya Mat Sabu memain peranan menghantar anak2 penyokong PAS ke Iran supaya dapat di resapi dengan ajaran Syiah.

Selain dari dua orang Tok Guru Ustaz Ashiq Elahi iaitu Tuan Haji Rahim dan Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi menjadi sumber rujukkan KDN didalam mendakwa Mat Sabu berfahaman Syiah, Ustaz Ashiq Elahi juga mendedahkan bahawa Tok Guru Haji Salleh Sik yang cukup di segani penyokong-penyokong PAS juga turut pernah menyatakan secara terbuka didalam kuliah beliau bahawa Mat Sabu berfahaman Syiah.

Cuba klik..kalau takleh klik,copy paste dan search link ni :

http://www.youtube.com/watch?v=xDGHsVTy7Cg

Hangpa bukak dan nilai la pembohongan munafik umno ni

Friday 20 December 2013

SHAHIDAN PERLEKEH PEGAWAI RENDAH KERAJAAN?? BACANI !!

Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menolak cabaran berdebat dengan Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari mengenai isu Wahabi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sebagai menteri yang mementingkan kebajikan beliau tidak mahu membuang masa.

"Saya tidak mahu memberi sebarang komen, membuang masa melayan kerenah pegawai rendah kerajaan seperti  itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hari ini Zamihan mencabar Shahidan untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.

Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.

"Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan masing-masing," katanya.

Antara lain Zamihan berkata,  Shahidan tidak layak membincangkan isu Wahabi atau yang berkaitan agama kerana ia bukan di bawah bidang kuasa menteri itu.

Katanya, tindakan bekas menteri besar Perlis itu membela Wahabi membayangkan Shahidan juga berpegang kepada ajaran itu.

"Apakah alasan Shahidan untuk kita perlukan Wahabi kerana fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah jelas dan ajaran seperti Wahabi tidak diperlukan di negara ini," katanya.

Zamihan berkata, semasa deklarasi Amman Message, Shahidan merupakan salah seorang pemimpin kerajaan yang terlibat menandatangani perjanjian itu

Tuesday 17 December 2013

HIMPUNAN RAKSASA DESAK KERAJAAN! SILA BACA DAN SEBARRR

Sila salin dan tampal | Please copy and paste/ share

ATAS SIFAT KESEDARAN SEMUA, INI ANJURAN BERSAMA RAKYAT MARHEIN

Kepada semua anak muda agar bangun dan lawan, Negara ini milik rakyat. Rakyat sdg dipijak dihimpit ke dinding... Kita tiada pilihan selain melawan! Kita tiada pilihan selain jalanan!! Masanya sudah tiba... 31|12|13. KUASA DI TANGAN RAKYAT!- Dataran Merdeka

Kepada abang2 polis, kepada abang2 FRU, letaklah cota kamu, letaklah ke tepi perisai kamu... sesungguhnya kamu bukanlah musuh kami, sesungguhnya kamu juga rakyat yang merasai keperitan hidup, malah mungkin lebih lagi... Kami bersama kamu, dan kamu wajar bersama kami...

To all youngsters, stands up and fight! This country belong to us, we are being crushed and pushed to the wall. We have no choice rather than fight. We have no choice rather than going to the streets. The time have come 31|12|2013 - POWER IS WITHIN THE PEOPLE! Dataran Merdeka

Behold all policeman, to all FRU unit, put away your truncheons, put aside your sheild... you're not our enemy, hence you're just like us, the rakyat... we are always with you, and you shall be with us to fight for your right, to fight for our right...

2014 the new year belong to the peoples.
Down to the regime!

Dataran Merdeka | Ambang 2014 | Baju hitam | Topeng Guy Fawkes

PAS 100% Yakin pada MOHD SABU! BACA NI !


PAS teguh di belakang Mat Sabu dalam serangan ‘Syiah’ oleh Zahid Hamidi

KOMENTAR BERITA OLEH AMIN ISKANDAR
December 17, 2013

Mat Sabu dan Mustafa (kanan) semasa sidang akhbar di ibu pejabat PAS. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Disember, 2013.

The Malaysian Insider

Serangan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menuduhnya menganut fahaman Syiah sedikitpun tidak menjejaskan kepercayaan parti Islam itu terhadapnya, malahan beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Pulau Pinang bagi meredakan ketegangan dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP.

Pelantikan Mohamad memberikan isyarat PAS berdiri teguh di belakang Timbalan Presiden mereka yang tidak henti-henti berhadapan dengan serangan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan media arus perdana.

Tindakan ini juga memperlihatkan PAS lebih mementingkan kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat (PR) daripada terjerat dalam perdebatan Sunni-Syiah yang sudah lama selesai dikalangan ulama-ulama besar kedua-dua aliran berkenaan di peringkat antarabangsa.

Hubungan rapat Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng digunakan sepenuhnya oleh PAS untuk menjernihkan kembali hubungan kedua-dua parti PR di negeri itu, yang keruh sejak kebelakangan ini.

"Mohamad dipilih kerana beliau adalah anak jati Pulau Pinang dan terkenal di negeri itu. Pemilihannya juga dapat meneruskan usaha hubungan baik dengan Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semasa mengumumkan pelantikan Mohamad di Ibu Pejabat PAS pagi tadi.

"Jawatannya sebagai timbalan presiden dapat menyelaraskan kerja di negeri itu.”

Pelantikan pesuruhjaya negeri terletak di bawah bidang kuasa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mohamad mula rapat dengan Lim semenjak kedua-dua pemimpin itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada tahun 1987.

Ahmad Zahid semasa ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2013 mengatakan beliau tidak faham mengapa perwakilan PAS memilih “orang nombor dua” mereka daripada kalangan penganut fahaman Syiah.

Minggu lalu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 10 bukti Mohamad menganut fahaman Syiah yang diantaranya kerana Timbalan Presiden PAS itu mengagumi pemimpin besar Revolusi Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini.

Bukti-bukti dikemukakan KDN “ditertawakan” oleh pengguna media sosial seperti laman Twitter sehingga #kagum menjadi popular pada hari tersebut.

Ini mendorong KDN mengatakan bukti awal yang mereka dedahkan hanyalah gred B dan masih terdapat bukti gred A dalam simpanan mereka.

Ekoran itu PAS menyifatkan KDN seperti “pembekal telur ayam” apabila agensi itu mengatakan mereka mempunyai bukti gred A dan B berhubung penglibatan Mohamad dengan fahaman Syiah.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata kenyataan KDN mengenai hanya 1,500 rakyat Malaysia menjadi pengikut Syiah membuktikan fahaman itu bukan satu ancaman besar tetapi digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kenaikan kos kehidupan.

“Apa bukti gred A, gred B KDN? Macam pembekal telur ayam yang ada gred A, gred B dan Omega 3,” katanya.
Mohamad hari ini mengumumkan beliau akan menyaman Ahmad Zahid kerana menuduhnya Syiah.

Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Mohamad mengatakan tindakan saman ke atas Ahmad Zahid diambil kerana kenyataan Menteri Dalam Negeri itu mencetuskan fitnah yang didasari niat jahat, menjatuhkan maruah dan integriti.

"Saya menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Zahid di atas kenyataan beliau di perhimpunan agung Umno baru-baru ini,” katanya.

"Beliau menuduh saya pemimpin Syiah dan mengaitkan Syiah adalah sesat dan mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Ahmad Zahid juga didapati menyalahgunakan kuasa apabila beliau sebagai Menteri Dalam Negeri memberi kuasa kepada Jakim untuk mengambil tindakan ke atas dirinya.

Ini Pendirian PAS isu Tol . BACA NI


PAS desak kerajaan kaji perjanjian konsesi lebuh raya

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
December 17, 2013
Latest Update: December 17, 2013 08:00 pm

PAS mendesak kerajaan mengkaji semula perjanjian bersama syarikat konsesi tol bagi mengakhiri kontrak kepada syarikat yang telah mendapatkan keuntungan dan modal supaya masalah bebanan tol dapat dikurangkan.

Pengarah Kajian dan Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata dengan semakan perjanjian itu, tempoh masa perjanjian akan berdasarkan jumlah wang yang dikutip dan bukannya tempoh masa perjanjian.

“Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar adalah tidak bertanggungjawab dan sama nadanya dengan menteri yang mengarahkan untuk keluar dari Malaysia.

“Menteri yang menyertai Kabinet dengan tidak berlatarbelakangkan politik seperti Datuk Paul Low dan Wahid perlu menunjukkan profesionalisme dan prihatin kepada beban rakyat,” katanya semasa ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Dzulkefly berkata pengumuman kenaikan harga tol di antara 30 sen dan RM1 ditambah dengan kenaikan harga gula dan petrol sebelum ini sangat menekan rakyat apatah lagi tambang pengangkutan awam dan bas sekolah juga bakal dinaikkan.

Bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu turut menyebut dalam klausa perjanjian itu ada menyatakan mengenai kadar pulangan dalaman (IRR) yang telah dicapai maka tiada keperluan menaikkan kadar tol.

“Rakyat pada masa ini tidak mengetahui kadar aliran trafik sesebuah lebuh raya. Jika dilihat aliran trafik seperti di Lebuhraya Pantai Bahru (NPE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, ia mempunyai purata 50,000 buah kenderaan sehari.

“Kerajaan tidak harus mengizinkan kenaikan tol ini. Kenyataan menganjurkan pengguna menggunakan jalan biasa adalah tidak bertanggungjawab kerana kadar kemalangannya yang tinggi,” katanya.

Dzulkefly turut menyifatkan kenaikan harga tol itu tidak mengutamakan rakyat tetapi hanya menguntungkan kroni.

Akhbar hari ini melaporkan 15 lebuh raya yang kebanyakannya di Kuala Lumpur, dijangka akan menaikkan kadar tol di antara 50 sen hingga RM2 bermula Januari 2014.

Lebuhraya yang terbabit adalah Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Maju (Mex), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Lebuhraya Sistem Lingkaran-Kajang (Silk).

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata menurut perjanjian konsesi lebuh raya, syarikat konsesi boleh menyelaras semula kadar tol setiap tiga tahun.

Katanya, syarikat konsesi tidak melakukannya dalam tempoh enam tahun terakhir. Justeru, peningkatannya akan dibuat dua kali ganda.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata tidak banyak syarikat di dunia boleh mencapai kadar keuntungan sebelum cukai seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) kerana kos penyelenggaraan mereka hanya 6% daripada jumlah pendapatan tol.

Katanya, apa yang tidak didedahkan adalah tempoh konsesi sudah pun dilanjutkan malah katanya kenaikan harga itu bercanggah dengan manifesto Barisan Nasional sebelum pilihan raya tahun ini iaitu pengurangan kadar tol adalah satu daripada matlamat mereka.

"Saya berpendapat kenaikan kadar tol yang menjejaskan kebanyakan warga Lembah Klang dan Kuala Lumpur adalah cara mereka untuk menghukum pengundi," katanya yang turut mendesak kerajaan mengadakan rundingan semula bersama syarikat konsesi lebuh raya.

Rafizi berkata rundingan semula itu perlu kerana syarikat pemegang konsesi tol sudah pun menikmati keuntungan yang besar.

Katanya, berdasarkan analisis keuntungan Plus  adalah sebanyak 61% pada 2011 manakala Litrak Bhd yang menguruskan Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Sprint, menerima keuntungan RM180 juta tahun lalu daripada jumlah pungutan tol sebanyak RM369 juta.-TMI

Sunday 15 December 2013

Rupanya MUKHRIZ ditipu !

Ini adalah sambungan artikel panas semalam..artikel yang sungguh panas sampaikan ramai yang panas telinga..

Harini..sedikit demi sedikit rahsia terbongkar..mungkin ada yang dah baca di blog lain..

Rupa rupanya salah satu perkara yang menggemparkan ialah penipuan dari jumlah "like" page..
Pihak tertentu yang mengendalikan page tersebut telah pun mewujudkan like palsu untuk dilihat seolah olah page tersebut atau program bunga api tu akan dapat sambutan hangat..boleh rujuk pada gambar di bawah..

SEcara tidak langsung,mereka ini berniat untuk menipu Mukhriz..depa nak tunjuk seolah olah promo depa tu dah cukup gempak..jadi mungkin dimasa depan depa boleh senang dapat projek lagi.

Kali ni Mukhriz dah ditipu hidup hidup..nampak gaya seperti ada tangan halus untuk merosakkan imej MB Kedah ini..

Nasihat HP kepada mukhriz..siasatlah..bukti pun dah ada berkenaan penipuan ni..

Like palsu ni berkenaan pembelian like..dari 23 melonjak ke puluhan ribu like dalam tempoh singkat..mengalahkan fanpage justin timberlake..
Korang boleh tengok bukti bukti di bawah..buat blogger atau admin page,mungkin cepat faham data data ni..

Friday 13 December 2013

MUKHRIZ ZALIMI RAKYAT LANGKAWI

Dah lama HP tak tulis blog..yang ada pun hari tu tentang syiah..sebelum tu hampir 5hari HP tak menulis..ialah..HP bukan blogger kejar ranking..keh keh..

Tapi yang ni bukan nak gebang hal blogger..
HP nak cerita berkenaan luahan hati rakyat langkawi yang minta HP hebahkan..bukan apa,depa cakap benda ni depa dah ngadu banyak kali..tapi tetap takda tindakan..

Ini berkenaan dengan event baru di langkawi..nama pa dia pun tak tau..ada gambaq kat bawah.
Program yang libatkan event management kl..yang di promosikan LADA ni dikatakan mencecah kos RM5juta..betoi ka?kalau betoi,memang terukla mukhriz ni..
Bayangkan la..untuk mangsa banjir,mukhriz cuma sediakan dana puluhan ribu..tapi untuk bunga api..mukhriz sediakan rm18juta..18juta beb..bukannya sikit..

Ok..apa yang dikesalkan oleh pengadu dari langkawi ni,ialah tentang peluang meniaga untuk anak langkawi..tapak meniaga dikatakan melonjak naik..dahla mahai..kecik pulak tu..nak meniaga apa..ingat orang langkawi ni peniaga besar ka?

Program ni program kedah..tapi yang dikesalkan ialah keseluruhan kos dinikmati orang luar..hangpa paham tak ayat kat atas?kalau tak paham kena pi ngaji cara ahli politik buat duit.

Jadi,untuk program yang libatkan kos juta juta ni..brapa juta yang diberi kpd anak kedah?berapa pulak diberi untuk anak langkawi?

Selain event mengarut ni..pengadu juga adu yang ni
" Penduduk lkawi dapat kesusahan ja..tapak parking xdak di jeti..xdak parking kena saman..kena sita keta "

Aspalabestos betul mukhriz ni..
Orang luar bagi juta juta..untuk rakyat marhaen langkawi..parking pun takdak..

Yang tak logiknye..cume puluh puluh ribu je untuk nyawa manusia..juta juta untuk bunga api..bunga api lagi penting dari nyawa manusia..hebat brader mukhriz ni..

Sebagai fbooker politik..banyak lagi rahsia yang HP n the gang pegang..
Tapi kita bawak kuaq sikit sikit la..

Tuesday 10 December 2013

Penganut Syiah ada hak amal kepercayaan mereka?? Mende ni?


Penganut Syiah ada hak amal kepercayaan mereka, kata bekas mufti

OLEH DIYANA IBRAHIM
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganut-syiah-ada-hak-amal-kepercayaan-mereka-kata-bekas-mufti

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), berkata penganut fahaman Syiah seharusnya tidak diganggu untuk mengamalkan kepercayaan mereka walaupun beliau mempunyai pendapat sama dengan kerajaan bahawa ia mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.
Dr Mohd Asri berkata, kerajaan juga gagal menerangkan secara jelas dan terperinci mengenai bagaimana fahaman tersebut boleh memberi kesan kepada rakyat.

"Memang benar kalau kita lihat negara yang mengamalkan fahaman Syiah seperti Pakistan dan Iran biasanya akan menjerumuskan kepada kekecohan, huru-hara dan kita tidak mahu ia terjadi di negara ini.
"Sehingga kini, kerajaan hanya mampu bercakap Syiah membahayakan. Fahaman itu harus dihalang, namun apa yang bahayanya? Daripada segi apa? Apakah kekacauan itu sebenarnya kerana ia kenyataan yang mengelirukan dan tidak jelas,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Beliau juga menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuktikan terlebih dahulu bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menganut fahaman Syiah sebelum mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

Katanya, Ahmad Zahid perlu menjelaskan secara terperinci untuk mengaitkan Mohamad dengan fahaman itu berikutan kenyataannya sangat diragui kerana ia diucapkan secara tidak jelas dan kabur.
"Sebenarnya apa yang didakwa Zahid sangat kabur dan tidak jelas kerana beliau hanya kata Mat Sabu adalah pengikut Syiah, namun tidak pula dijelaskan apakah kesalahannya dan tiada disertakan dengan bukti maka jika begitu ia cuma kata-kata tanpa asas," katanya yang  juga Prof Madya Universiti Sains Malaysia (USM).
Dr Mohd Asri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Sabtu lalu yang memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, dipercayai Ahmad Zahid menamakan Mohamad kerana beliau baru sahaja berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke-59 selepas mengalahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah.
Katanya, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan.
Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah ada bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis.
"Elok tanya Zahid. Elok tanya polis,” katanya.

Friday 6 December 2013

CEMASS !! Paparazi kerumun PWTC !! Suasana tak terkawal !! Baca ni!!

Siang tadi suasana hambar di PWTC tiba tiba kecoh apabila ratusan paparazi dari seluruh dunia memenuhi ruang legar pwtc.

Mereka dikatakan berlegar legar untuk menemubual selebriti terkenal yang juga pelakon kacak berjiwa romantis .
Pelakon terbabit merupakan antara ribuan pengunjung yang hadir untuk menghadiri perhimpunan agung umno.

Sebelum itu kecoh di negara kita apabila pelakon bertaraf warganegara US itu telah diberikan pengiktirafan oleh umno apabila diberi jawatan dalam parti.

Selebriti itu ketika ditemubual oleh paparazi mengakui yang hasil pendapatan lakonan beliau sangat banyak..berjuta juta dolar..oleh itu tidak hairanlah apabila beliau mengesahkan yang beliau akan berkhidmat dengan penuh sukarela..beliau tidak akan terima sebarang elaun,sebarang jawatan dalam GLC,tak akan claim..kerana beliau melakukan semua itu dengan penuh sukarela..
Malah beliau juga melontarkan hasrat murni nya itu kepada pengikut pengikutnya..buatlah kerja dengan penuh sukarela..
Hasrat murni nya itu telah disambut dengan penuh hangat oleh pengikut pengikut beliau..

Tahniah kepada umno kerana berjaya memiliki selebriti dunia sebagai pelapis parti.

#lifestyle

Gambar kat bawah ni sekadar hiasan..takde kena mengena dengan sapa sapa..

Thursday 5 December 2013

Penduduk KUPANG dilarang Kahwin?apa ni??

Sepanjang empat bulan, mulai November lepas sehingga Februari tahun depan yang merupakan musim hujan, sebilangan penduduk di sebuah daerah kecil di Nusa Tenggara Barat terpaksa menunda hasrat mereka untuk berkahwin.
    
Ini berikutan keputusan kepimpinan masyarakat tempatan mengenakan peraturan melarang penduduknya berkahwin di sepanjang musim hujan sekarang, dengan alasan musim hujan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan kegiatan pertanian. Mereka yang didapati melanggar peraturan itu akan dikenakan denda.
    
Peraturan yang dibuat melalui kesepakatan kepimpinan masyarakat tempatan di daerah kecil Amarasi Selatan, dalam daerah Kupang itu, memutuskan bahawa musim hujan adalah masa terbaik untuk berbudi kepada tanah dan bukannya untuk menganjurkan kenduri perkahwinan secara berlebihan, sebagaimana kelaziman penduduk di situ bila ada majlis perkahwinan.
    
"Kami tidak akan melayan urusan pendaftaran pasangan yang ingin bernikah di bulan-bulan ini. Masyarakat harus memberi fokus untuk menguruskan tanah pertanian mereka, bukannya menguruskan pesta perkahwinan,” kata Ketua Daerah Kecil Amarasi Selatan, Murlin Buraen.
    
Murlin berkata denda akan dikenakan kepada pasangan melanggar peraturan itu namun bentuk denda akan ditetapkan berdasarkan kesepakatan masyarakat setempat.
    
Beliau berkata larangan itu akan dihebahkan kepada seluruh masyarakat dan melalui kerjasama dengan pengurusan gereja, semua pasangan yang memohon untuk berkahwin akan diumumkan kepada orang ramai bagi memastikan permohonan mereka dibatalkan.
    
Penduduk hanya akan dibenarkan berkahwin mulai bulan Mac tahun depan.

HP : owh..bukan Kupang Baling la..rupenye Kupang kat negara lain..
Hahaha

Dahsyat!! Akhirnya UMNO mengaku GERAKAN tak boleh diharapp !!!

Perwakilan Umno hari ini meminta slogan Salam 1Melayu menggantikan slogan Salam 1Malaysia kerana kaum lain gagal membantu Umno negerinya.

Wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir menceritakan pengalaman beliau 'ditikam' oleh Parti kaum lain ketika pilihan raya umum lalu dalam perbahasan ucapan dasar presiden hari ini.

"Tempat dia bertanding kita kerja siang malam, tempat kita bertanding dia kerja tak sampai sehari," kata beliau merujuk pada parti majoriti kaum lain yang bersekutu dengan Umno.

HP : wahahahaha..lihatlah dunia..akhirnya UMNO mengaku barisan yang depa dok puja berpuluh puluh tahun dengan parti kaum lain,kini kian retak..

Sebelum ni depa pulun ngaku PAS , DAP , PKR bermasalah..sedangkan Pakatan Rakyat tambah kuat..kalau nak banding dengan BN..jauh panggang dari api..

Untuk rekod,lepas PRU, PM secara peribadi meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan kaum cina sebab mengundi PR..
UMNO asyik cakap pasal demokrasi,tapi bila orang tak undi depa ja,depa mula la mengutuk,menghina macam macam..

Sebab itu lah HP yakin,BN akan terkubur pada PRU 14..
Sama sama kita bekerja keras demi Pakatan Rakyat !!

Wednesday 4 December 2013

Hotline Khas Pemuda PAS

Alhamdulillah..syukur kepada Allah..
PAS telah melancarkan unit gerakan banjir..
Tambah manis lagi,gerakan ni dibuat oleh Pemuda PAS sendiri..
Nampaknya Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru,Suhaizan Kaiat betul betul mengotakan janji beliau untuk menjadikan Pemuda PAS sebagai peneraju,bukan lagi dengan imej pak turut.

Semestinya ini merupakan satu langkah awal yang besar maknanya pada Pemuda PAS..

DEngan ini,Harian Pendang menyeru kepada semua Pemuda pemuda di luar sana,sama sama la kita memberi sokongan padu kepada ketua kita..hanya dengan doa dan sokongan,in syaa Allah,dia akan dapat julang semula maruah Pemuda PAS .

Saudara Suhaizan dah mendahului pemuda umno..
Ini satu tanda aras yang cemerlang..

TAHNIAH

Tuesday 3 December 2013

GEMPARR!! Wakil rakyat meninggal !!

Ya..
Memang betul wakil rakyat dah arwah..
Sebab..
Mana pergi semua wakil rakyat dimasa rakyat bawahan tengah sesak..tengah payah sekarang ni?
takkanla masa nak undi je turun padang?amboi,kalau masa nak raih undi,calon sanggup lap muntah rakyat tau..semata mata nak undi,tapi bila dah menang..muka pun tak nampak..
Sekarang ni banyak kawasan dilanda banjir teruk..
Korang bace je laporan ni :

-bekalan letrik telah diputuskan oleh TNB hampir ke semua tempat atas faktor keselamatan.

-Bekalan air juga ada yang dah terputus.

-Makanan tak sampai di pusat pemindahan banjir.

-Mangsa banjir ramai yang terkandas di rumah kerana kekurangan kelengkapan untuk menyelamat.

-Ada mangsa-mangsa terpaksa panjat tangki air beramai-ramai untuk menyelamatkan diri.

-Ada pusat pemindahan banjir sudah kehabisan makanan.

Sebagai seorang manusia,apa perasaan anda bila baca laporan tu?takkan simpati je kot..sapa sapa pun mesti marah nye..
Mana wakil rakyat?
Mana menteri besar?
mana ketua pembangkang negeri?
mana ketua ketua umno yang berdegar degar tu?
Mana wakil rakyat pas?
mana wakil rakyat pkr?dap?mic?mca?
mana??
mana hangpa semua???
kalau musim pilihanraya kecil semua gila berhimpun bagi ceramah..
La ni rakyat tengah susah..kat mana hangpa??
azeez susu expired..dulu masa taufan haiyan,hang punya kalut pi filipina kan..ni la ni rakyat malaysia sendiri tengah susah,hang pi mana?
hang ingat rakyat dok susah tu nak pikiaq ka nak tunggu sampai hbs PAU baru nk dpt bantuan?

Ni pun ada lagi yang kecoh hal candi sampai nak buat memorandum..deyyy..ni orang dok hidup menyawa hup hap hup hap ni hangpa takmau tolong..

Sudahla..kalau dah nama ahli politik ni,semua nak buat kerja nak dapat nama ja..
Hangpa tunggu..
Kat Padang Mahsyar nanti,tak kira la hang umno ka,pas ka,pkr ka..
Hang tak amanah..
Hang khianat janji hang..hang dusta pada rakyat..
Hang menjawabla depan Allah..

Sekurang kurangnya bila berlaku musibah ni,baru kita boleh nampak perangai sebenar wakil rakyat kita.

Takziah buat mangsa banjir..

Isu kenaikan tarif elektrik..ini kenyataan media Pemuda PAS

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

KENAIKAN TARIF ELETRIK : KERAJAAN BERDENDAM DENGAN RAKYAT?
(3 Disember 2013)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah keputusan kerajaan untuk menaikkan tarif eletrik sebanyak 14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan manakala 16.9 peratus atau lima sen bagi Sabah dan Labuan yang berkuatkuasa Januari tahun depan.

DPPM menganggap kenaikan tarif eletrik ini sebagai tidak wajar dan membebankan pengguna. Kerajaan tidak patut menaikkan tarif eletrik hanya kerana mahu mengurangkan subsidi minyak bagi bekalan kuasa sehingga memberi kesan kepada pengguna. Soalnya, apakah kerajaan sudah tidak mampu sehingga mengambil langkah penyelesaian yang membebankan rakyat?

Dalam keadaan harga barangan keperluan seperti minyak petrol dan diesel baru dinaikkan beberapa bulan yang lalu, ditambah pula dengan harga gula, manakala penduduk di Kuala Lumpur menerima bebanan tambahan dengan kenaikan cukai pintu, kini tarif eletrik pula menambah perit penderitaan rakyat.

Sepatutnya kerajaan melihat kemampuan rakyat sebelum membuat keputusan untuk menaikkan sesuatu keperluan. Masih ramai rakyat yang terkial-kial bertarung dengan kos sara hidup yang tinggi, sementara masih lagi ramai yang hidup di bawah paras kemiskinan. DPPM melihat kenaikan ini pasti memberi impak yang besar terhadap rakyat seluruhnya serta akan memberi kesan terhadap harga barangan dan industri kecil dan sederhana yang sedang berkembang.

Masalah utama kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah masalah IPP. Perjanjian yang berat sebelah menyebabkan TNB menanggung kos yang tidak perlu. Sepatutnya keutamaan kerajaan adalah menyemak semula perjanjian IPP bukannya menaikkan tarif eletrik.

Selepas ini rakyat akan membayar 15 peratus tambahan untuk kos eletrik mereka dan terpaksa membayar harga tambahan untuk kos barangan keperluan yang juga akan meningkat. Pendapatan mereka yang tidak seberapa terpaksa dihabiskan untuk membayar segala utiliti keperluan rumah sehingga ramai terpaksa memilih untuk mencari pendapatan tambahan untuk menampung hidup mereka.

Pendapatan boleh guna akan semakin mengecil dan menguncup sehingga mengurangkan pilihan buat rakyat dalam berbelanja. Golongan peniaga pula tidak akan berdiam diri untuk mengekalkan harga lama dalam industri perniagaan mereka kerana kos pengeluaran selepas ini akan menjadi lebih mahal dari sebelumnya. Menaikkan harga barangan adalah jalan yang terpaksa ditempuh bagi survival perniagaan mereka serta untuk mengembangkan ekonomi mereka.

Golongan peniaga industri kecil dan sederhana juga akan menerima kesan langsung dari kenaikan ini. Mereka terpaksa membayar tarif eletrik lebih dari pengguna biasa berkali ganda dan ia amat membebankan bagi golongan ini. Persaingan dengan peniaga dalam industri yang sama memaksa sebahagian mereka mengambil langkah ‘gulung tikar’ dan terpaksa mencari sumber pendapatan lain bagi menampung keperluan hidup mereka.

Apa yang menyedihkan, rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan akan menderita lebih ekoran kenaikan yang lebih berbanding semenanjung Malaysia. Walaupun hanya 62 peratus tidak termasuk dalam penyelerasan tersebut, tetapi ada 38 peratus atau 158,000 pengguna yang akan terkesan dengan kenaikan ini. Dalam keadaan demikian, gangguan bekalan eletrik di Sabah kerap berlaku manakala terdapat lebih 23% kawasan pedalaman di Sabah masih tidak mendapat kemudahan eletrik.

Apakah alasan lain untuk kenaikan tarif di Sabah dan Sarawak memandangkan Sabah adalah pengeluar petroleum yang utama. Data pada tahun 2011 mencatatkan hasil petroleum Sabah adalah sebanyak RM 16.26 bilion. Mengapa tidak dimanfaatkan hasil bumi tersebut kepada penduduk Sabah keseluruhannya?

SUHAIZAN KAYAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday 2 December 2013

Kerajaan hutang RM100juta pada Nelayan

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini mendakwa kerajaan berhutang lebih RM100 juta sejak Julai lalu kepada nelayan berikutan kegagalan melaksanakan janji untuk memberi insentif.

Katanya, mengikut perjanjian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu memberikan bayaran insentif kepada nelayan sebanyak RM 0.10 bagi sekilo ikan kerana ia diperuntukkan dalam Bajet 2013.

Bagaimanapun, katanya, kementerian gagal menjelaskan bayaran subsidi tersebut biarpun Jabatan Perikanan memperoleh peruntukan sebanyak RM240.5 juta di bawah program khusus dan dasar baru insentif hasil tangkapan ikan.

"Kita menerima aduan daripada nelayan di kawasan Hutan Melintang, Pantai remis, Sungai Besar dan Kuala Setang yang masih belum membayar insentif sejak Julai dan ia berlarutan selama lima bulan.

"Isu itu bukan sahaja terjadi kepada nelayan di Perak namun di seluruh Malaysia, termasuk Selangor," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau menggesa kerajaan menjelaskan bayaran tertunggak kepada nelayan pada kadar segera.

Katanya, pendapatan nelayan sudah cukup terjejas akibat tindakan kerajaan menaikkan harga diesel termasuk melaksanakan penggunaan dasar keroncong 38 milimeter (mm).

“Kerajaan menyeksa lagi hidup nelayan dengan penipuan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad turut menggesa kerajaan mengumumkan laporan pakar berkecuali ke atas dasar pukat keroncong 38 mm.

"Tanpa ada laporan pakar yang berkecuali, warga nelayan khuatir pelaksanaan dasar itu dapat membela sumber laut kerana ia sebenarnya sudah wujud lebih 28 tahun lalu tetapi tidak dilaksanakan," katanya.

Kerajaan memperkenalkan insentif subsidi RM0.10 sejak 2011 bagi meringankan beban nelayan setelah kerajaan menaikkan harga diesel dari RM1 seliter kepada RM1.20 seliter untuk pertama kali.

Bagaimanapun, ia tidak berubah walaupun kerajaan menaikkan harga diesel sekali lagi pada Julai lalu dari RM1.25 kepada RM1.45 seliter.

HP : kerajaan ni berjanji memang la kencang..waktu nak pilihanraya,depa punya janji sampai klcc pun boleh tumbang woo..tapi bila dah menang..suma cuma tinggal janji manismu jer la..
Kesian kat nelayan yang terpaksa tanggung derita sebab kerajaan tak tunai janji..
Janji dicapati jer laa nampaknyer

Pahang Banjir teruk sungguh !

Untuk makluman semua, jalan-jalan sekitar Kuantan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil/ringan akibat limpahan air adalah seperti berikut :

1. KM28 Jln Sg. Lembing;
2. Bt.3 Jln Kuantan-Gambang;
3. Persimpangan hadapan Wisma Belia di bawah jejambat Kuantan Bypass;
4. Jln Bukit Ubi hadapan Balai Bomba;
5. Jln Tok Sira hadapan Jabatan Kimia;
6. Pintasan Bukit Setongkol menghala ke Giant.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga, berhati-hati dan bersedia sebarang kemungkinan dan mengikuti arahan pihak berkuasa utk berpindah sekiranya di minta berbuat demikian.



Tun M akui POLITIK WANG UMNO dan RASUAH di tahap PARAHH !"

Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, amalan korupsi di Malaysia semakin bertambah dan pelaksanaan undang-undang berkaitan kurang licin dan mengambil masa lama, tidak seperti pada zaman pemerintahannya.

Justeru, mantan perdana menteri berkata, penting supaya persepsi masyarakat melihat tindakan segera kerajaan dalam membanteras amalan tersebut.

"Ia (rasuah) banyak bergantung pada undang-undang dan hukuman.

"Salah satu perkara yang paling penting untuk membanteras korupsi ialah untuk mempercepatkan proses siasatan," kata beliau pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mahathir berkata demikian dalam komen mengenai laporan indeks persepsi korupsi dunia yang bakal dikeluarkan esok.

Bekas presiden Umno itu juga menyatakan politik wang dalam pemilihan parti itu baru-baru ini makin berkembang.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut tetapi menawarkan diri untuk bersama memberi penyelesaian masalah itu.

Beliau berpendapat walaupun corak pemilihan Umno telah bertukar, namun masalah masih wujud dan berkembang.

"Saya ada idea dan akan cari platform untuk jelaskan idea tersebut, idea untuk bendung korupsi dalam Umno dan negara," kata beliau.

HP : Tu diaaa..Tun M pun ngaku rasuah zaman najib ni makin teruk..rasanya ni ayat berlapik ni..kalau ayat kasaq,maknanya kerajaan BN ni memang galakkan rasuahla..habis tu,dah kuatkuasa lemah,maknanya memang menggalakkan la rasuah tu..
Bab politik wang tu..haih..ni perwakilan pun tau..tapi takda yang bersuara..yerla,kalau bersuara karang,nanti payah nak dapat duit poket..
Haha..

Alif mim nun tendang wau..sarkis

Sunday 1 December 2013

Update ! Kes bunuh tiga beradik!

Polis Kedah sedang memburu seorang remaja lelaki dipercayai teman Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, yang dipercayai dibunuh bersama dua adiknya dalam satu kejadian Jumaat lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata remaja yang dipercayai berada di Arau, Perlis itu diperlukan untuk membantu siasatan polis berhubung pembunuhan tiga beradik berkenaan.

"Polis mempunyai bukti terkini dan saksi yang membantu siasatan kes itu yang diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Saya yakin remaja belasan tahun ini dapat dikesan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta Spanco Proton Preve kepada Ketua-Ketua Polis Daerah negeri ini di Ibu pejabat Kontinjen Kedah, Alor Setar, hari ini.

Mayat dua adik Nor Syafikah, Puteri Nurul Akma, 3; dan Nur Izzati Husna, 12; ditemui jam 3.45 petang semalam dalam terusan Mada di Kampung Padang Tani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat Nor Syafikah ditemui di sawah Kampung Alor Senibong, Langgar pada petang Sabtu.

Tiga beradik itu berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar.

Tiga beradik itu keluar dari rumah mereka dengan motosikal dikendali oleh Nor Syafikah Nadia jam 7.30 malam hari Jumaat lalu dan tidak balik selepas itu.

Ahmad berkata, polis yakin tiga beradik itu tidak bunuh diri kerana terdapat unsur perbuatan jenayah berdasarkan keadaan mayat Nor Syafikah.

Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian tersebut tampil membantu siasatan.

Sementara itu, katanya, bedah siasat mayat Puteri Nurul Akma, dan Nur Izzati Husna dibuat pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. - Bernama,