Monday 2 December 2013

Kerajaan hutang RM100juta pada Nelayan

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini mendakwa kerajaan berhutang lebih RM100 juta sejak Julai lalu kepada nelayan berikutan kegagalan melaksanakan janji untuk memberi insentif.

Katanya, mengikut perjanjian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu memberikan bayaran insentif kepada nelayan sebanyak RM 0.10 bagi sekilo ikan kerana ia diperuntukkan dalam Bajet 2013.

Bagaimanapun, katanya, kementerian gagal menjelaskan bayaran subsidi tersebut biarpun Jabatan Perikanan memperoleh peruntukan sebanyak RM240.5 juta di bawah program khusus dan dasar baru insentif hasil tangkapan ikan.

"Kita menerima aduan daripada nelayan di kawasan Hutan Melintang, Pantai remis, Sungai Besar dan Kuala Setang yang masih belum membayar insentif sejak Julai dan ia berlarutan selama lima bulan.

"Isu itu bukan sahaja terjadi kepada nelayan di Perak namun di seluruh Malaysia, termasuk Selangor," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau menggesa kerajaan menjelaskan bayaran tertunggak kepada nelayan pada kadar segera.

Katanya, pendapatan nelayan sudah cukup terjejas akibat tindakan kerajaan menaikkan harga diesel termasuk melaksanakan penggunaan dasar keroncong 38 milimeter (mm).

“Kerajaan menyeksa lagi hidup nelayan dengan penipuan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad turut menggesa kerajaan mengumumkan laporan pakar berkecuali ke atas dasar pukat keroncong 38 mm.

"Tanpa ada laporan pakar yang berkecuali, warga nelayan khuatir pelaksanaan dasar itu dapat membela sumber laut kerana ia sebenarnya sudah wujud lebih 28 tahun lalu tetapi tidak dilaksanakan," katanya.

Kerajaan memperkenalkan insentif subsidi RM0.10 sejak 2011 bagi meringankan beban nelayan setelah kerajaan menaikkan harga diesel dari RM1 seliter kepada RM1.20 seliter untuk pertama kali.

Bagaimanapun, ia tidak berubah walaupun kerajaan menaikkan harga diesel sekali lagi pada Julai lalu dari RM1.25 kepada RM1.45 seliter.

HP : kerajaan ni berjanji memang la kencang..waktu nak pilihanraya,depa punya janji sampai klcc pun boleh tumbang woo..tapi bila dah menang..suma cuma tinggal janji manismu jer la..
Kesian kat nelayan yang terpaksa tanggung derita sebab kerajaan tak tunai janji..
Janji dicapati jer laa nampaknyer

No comments:

Post a Comment